1 Sesungguhnya aku yang memang marah kepada saudara atas apa yang saudara pernah lakukan ke atas negara ini tiba-tiba sahaja jatuh kasihan kepada saudara sejak insiden saudara tersilap cakap tentang Yahudi walhal bukan sedikit masa dan tenaga yang saudara ambil untuk mendapatkan kepercayaan yahudi-yahudi itu. Kadang-kadang rasa kasihan bertukar resah, takut-takut saudara ditimpa tulah Allah setelah yang dikindung keciciran dan yang dikejar tiada dapat. Aduhai saudaraku Anwar sebelum terlambat kembalilah ke pangkal jalan sebab masih ada masa berbaki untuk saudara berbuat begitu. Saudara tidak boleh menunggu masa yang sesuai kerana sekaranglah masa yang sesuai itu. Saudara tidak boleh menunggu lebih lama ketika Tuhan masih mahu menguak pintu peluang yang dijelmakan melalui insiden itu setelah kehinaan demi kehinaan yang dikembalikan kepada saudara atas hubungan saudara dengan kuffar Yahudi itu dan atas apa yang saudara telah lakukan ke atas rakyat dan negara ini.

2 Saudara telah ditimpa kehinaan demi kehinaan atas kerosakan demi kerosakan yang saudara lakukan ke atas rakyat dan negara ini. Itu pun saudara masih terus mahu melakukannya dengan menutup satu masalah dengan membangunkan satu masalah yang lain yang lebih besar daripada sebelumnya.

3 Saudara harus tahu bahawa yahudi itu bukan kawan kita atau kawan sesiapa. Hati kecil kita sebagai seorang Islam pun berkata begitu. Sesiapa yang berbaik-baik dengan yahudi tidak akan menjadi lebih baik daripada keadaan sebelumnya, melainkan akan jauh lebih buruk dan membusuk bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk bangsa, agama dan negaranya.

4 Jika saudara mahu meniti lebih baik dalam usia tua saudara dengan penghujungan yang husnul khatimah dan mahukan kebaikan serta kesejahteraan melimpah ruah untuk negara ini yahudi bukanlah kawan yang sepatutnya dicari. Orang tidak akan mencari yahudi jika mahukan keadaan menjadi lebih baik. Orang hanya akan mencari yahudi apabila dia mahu melampiaskan niat jahatnya yang tersembunyi sebab yahudi mempunyai kepakaran dalam melunaskan perkara yang satu ini. Tetapi ketahuilah wahai saudaraku Anwar, yahudi tidak akan melakukannya secara percuma. Jika saudara tiada apa-apa yang dapat diberi, sama ada diri saudara atau negara inilah sebagai galang gantinya.

5 Saudara tentu lebih arif daripada saya tentang bagaimana yahudi membina negaranya di Israel. Tetapi Israel yang ada masih kecil. Israel harus diperbesar saiznya dan bangsa Israel harus ditebarkan ke serata dunia agar zionisme berkembang menjadi ideologi tunggal buat dunia. Malaysia yang mulanya dijauhi kini dilihat sesuai didekati sebab ada orang seperti saudara di mana niat jahat yahudi ditembungkan dengan rasa ghairah dan dendam milik saudara. Jika saudara gagal memenuhi niat jahat tersembunyi yahudi semasa hayat saudara, saudara akan dibiarkan musnah perlahan-lahan.

6 Bukankah yahudi itu musuh kita bersama yang tidak akan tunduk kepada kita kecuali kita bersetuju dengannya. Jika saudara merasakan yahudi-yahudi itu boleh memberi untung kepada saudara,keuntungan itu bukan untuk saudara dan negara ini tetapi untuk yahudi itu sendiri. Keuntungan hari ini yang didambakan oleh saudara dengan berkawan dengan yahudi akan bertukar menjadi hutang yang tidak boleh dilunas yang akhirnya mengikat saudara dengan yahudi itu untuk sepanjang hidup saudara. Apabila saudara sudah mula bermain api dengan yahudi, yahudi sukar melepaskan saudara kecualilah ia mendapat sesuatu daripada negara ini sebagai ganjarannya.

7 Saudara patut tahu dari dahulu lagi bahawa saudara tidak lebih sebagai alat mereka untuk menyampaikan hajat mereka sendiri. Ini telah saya beritahu beberapa kali dalam tulisan saya di blog ini setiap kali saya menulis tentang agenda saudara. Saya memberitahunya jauh lebih awal daripada apa yang sedang digembar gemburkan tentang saudara sekarang ini. Siapakah saudara di mata yahudi berbanding Najib, Mahathir dan individu Islam yang lain sebab baik saudara, Najib, Mahathir dan semua adalah serupa yang dianggap memusuhi mereka. Saudara tidak dipandang lebih baik daripada Mahathir mahupun Najib dengan rasa akrab yang cuba ditunjuk kepada yahudi sekalipun dengan menunduk kepala sambil menangis. Saudara juga tidak dilihat lebih buruk daripada Najib, Mahathir dan orang-orang Islam yang lain dalam menjadi musuh kepada yahudi. Malahan dengan apa yang saudara katakan tentang yahudi baru-baru ini saudara dilihat jauh lebih bahaya daripada Mahathir yang lebih jelas tentang sikapnya terhadap yahudi.

8 Saudara mungkin ada peristiwa pahit bersama UMNO sehingga ia bertukar menjadi dendam yang tidak berkesudahan yang dilampiaskan dalam pelbagai bentuk tindakan berpaksikan nafsu ammarah. Jika saudara kembali ke pangkal jalan atau kembali kepada idealisme perjuangan yang asal seperti ketika saudara berada dalam ABIM dahulu, itu sudah dikira memadai.Jika saudara mahu membubarkan PKR kalau tidak mahu kembali kepada UMNO pun itu juga sudah dikira memadai. Itu jauh lebih baik dalam menghabiskan sisa-sisa hidup saudara daripada tertunduk-tunduk merendah diri untuk menarik menarik kembali perhatian yahudi kepada saudara. Daripada saudara menghabiskan banyak masa yang tersisa untuk merayu dan mendapatkan semula keyakinan yahudi lebih baiklah saudara kembali kepada rasa persaudaraan dan permuafakatan dengan saudara-saudara seagama di negara anda sendiri sebab dengan cara itulah saudara akan menemui ketenangan sebenar sebelum Tuhan melengkapi hari - hari terakhir anda.

9 Saudara harus tahu betapa merosaknya keharmonian yang berkurun kita bina selama ini hanya kerana yahudi yang menjadikan diri saudara sebagai alat dan rasa dendam anda yang tidak pernah padam. Saya tidak fikir yahudi akan mengiktiraf saudara lebih daripada rakan-rakan yahudi yang sudah sedia ada. Saudara telah dilihat sebagai musuh kepada negara dan penduduk di negara anda sendiri; tiba-tiba saudara mahu diangkat sebagai sahabat kepercayaan yahudi. Yahudi bukan bodoh sehingga tidak mengenali siapa saudara sebenar. Saudaraku Anwar, siapakah saudara di sisi yahudi? Tidak lebih daripada orang yang pernah meninggalkan saudaranya sendiri dan mengambil saudara baru di kalangan yahudi yang kemudian ditakdirkan terpalit hubungan itu dengan najis atas keterlanjuran mulut saudara sendiri mengungkap tentang yahudi.

10 Saudara sendiri tidak menyangka ini akhirnya yang akan terjadi setelah saudara bersusah payah mengikat keyakinan yahudi kepada saudara. Tetapi saudara tidak boleh menyanggah bahawa inilah takdir Tuhan kepada saudara atas dosa-dosa saudara kepada rakyat dan negara ini. Ini mungkin hukuman buat saudara, tetapi sebenarnya ini juga peluang kesekian kali yang sengaja dibuka Tuhan buat saudara untuk kembali kepada persaudaraan dan perjuangan saudara yang asal.Tetapi seperti sudah tertulis yang tak boleh dipadam saudara kembali semula mencarinya. Mungkinkah Tuhan akan membuka peluangnya sekali lagi atau anda ditakdirkan musnah perlahan-lahan dalam keasyikan atau kemurungan disebabkan rakan yahudi saudara itu atau yahudi-yahudi itu sendiri akan memusnahkan saudara perlahan-lahan.

Hakcipta Abd Bashid Harun