1 Ada yang masih belum faham tentang gagasan 1Malaysia cetusan idea YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
2 Malahan ada yang turut bertanya tentang kaitan konsep 1Malaysia dengan agama.Lebih tepat lagi bagaimana kita melihat gagasan 1Malaysia ini daripada perspektif agama.
3 Saya bukanlah individu yang paling layak untuk membincangkannya. Namun sekadar berkongsi satu dua perkara yang berkaitan dengannya bukanlah suatu kesulitan buat saya.
4 Pada saya perbincangan tentang konsep 1Malaysia janganlah menjadi terlalu rigid sehingga kita terkekang dalam batasan yang begitu sempit.
5 1Malaysia bukanlah aqidah dan berkaitan dengan ketuhanan sehingga kita takut-takut untuk membincangkannya dengan bebas.
6 1Malaysia juga bukanlah matlamat yang hendak dituju sebab kita sudah ada hala tuju yang jelas iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang 1 Januari 2020.
7 Ia juga bukan terlalu ideal sehingga segala-galanya berakhir dan terpaksa menjadi satu dalam erti kata yang sebenar.
8 Dalam erti kata lain 1Malaysia tidak menafikan keunikan yang kita miliki selama ini. Sesungguhnya 1Malaysia tetap menghargai perbezaan dan kelainan yang wujud.
9 Jadi ia tidak perlu dibimbangi dan ditakuti sebagai satu ancaman kepada kepelbagaian dan kerencaman yang wujud dalam amalan pelbagai budaya dan tradisi masyarakat majmuk di negara ini.
10 Cumanya dalam kita biasa dengan kelainan dan perbezaan ini jangan sampai kita terlupa tentang nilai utama yang patut dikongsi bersama oleh rakyat Malaysia dan tentang sebuah negara yang bernama Malaysia di mana di atas buminya kita berpijak dan di bawah langitnya kita berpayung.
11 Lebih lama kita hidup di negara ini lebih banyak peluang kita menyaksikan pertukaran pemimpin dan stail pentadbiran. Namun negara ini tetap sama dan satu, iaitu Malaysia.
12 Seperti yang saya pernah katakan kita tidak memiliki dua Malaysia. Inilah satu-satunya Malaysia yang ada walau siapa pun yang menghuninya dan menerajuinya.
13 1Malaysia seolah-olah memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang menjadi warga negara Malaysia agar tidak menggembar gemburkan kelainan dan membesar-besarkan perbezaan sehingga dijadikan senjata dan bom jangka yang akan diletupkan pada bila-bila masa.
14 1Malaysia meraikan perbezaan itu, tetapi pada masa yang sama perigi perpaduan digali secara berterusan untuk mencari titik pertemuan agar jurang perbezaan yang wujud dapat dikecilkan saiznya dan perkongsian boleh berlaku dalam nilai-nilai yang boleh dikongsi bersama.
15 Sebenarnya banyak nilai utama yang boleh dikongsi bersama terutama nilai-nilai universal seperti kerjasama, perpaduan, muafakat , toleransi, berbuat baik dan sebagainya.
16 Malahan antara nilai utama itu ialah menjaga keamanan Malaysia, menyayanginya dan mempertahankannya sebab Malaysia ini tanah air kita.
17 Jangan lupa Malaysia ialah warisan atau legasi terbesar yang kita miliki. Kita tidak mahu akibat percaturan sesama kita, kita tidak sempat memberikan masa berlebihan untuk menyayangi dan memeliharanya sehingga Malaysia terpecah kepada beberapa bahagian atau terlepas ke tangan orang lain.
Artikel yang boleh membantu KLIK DI SINI
Hakcipta Abd Bashid Harun











3 users commented in " 1Malaysia: Bukan Segalanya Menjadi Satu "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackAfter reading you blog, I thought your articles is great! I am very like your articles and I am very interested in the field of Free trial. Your blog is very useful for me .I bookmarked your blog! I trust you will behave better from now on; I hope she understands that she cannot exepct a raise.
Hey guys,
I’m here online for the children of Haiti.
I’m doing this for a non-profit group that is devoted to giving time to
building oppurtunities for the children in haiti. If anybody wants to donate then do so here:
Donate to Haiti or Help Haiti
They provide kids in Haiti a learning environment.
Yes, they are legitimate.
Please give
Adidas Forum
Now here is a shoe-in for the list of the year’s best gaming-related clothing : Adidas has brought back its ZX 5 hundred running shoe, and, since it originally comes from the ’80s, the gaming electrified design and coloring is an easy choice … Right? The kicks would possibly not be the coolest part of the deal, either ; they come packed with a combo bracelet/USB flashdrive containing ZX Runner, a computer game based primarily on … The shoe itself.
GameCulture writes the game stars a personality named’DJ Zed’ who, according to Adidas, has five minutes to’run, moon-walk, climb walls, avoid some dodgy-looking thugs, collect power-ups, and pull off loony rooftop-to-rooftop stunts’ in order to get on-stage before his set starts. It looks fittingly retro — see for yourself in the video we’ve included after the breakdance.
More info
Adidas Forum
Leave A Reply