Rencana di bawah pernah tersiar dalam akhbar Harian Nasional, hal 24
Pada 7 September 1984
21. Satu lagi tuduhan ialah menganggap bahawa Al-Quran telah diajarkan oleh seseorang atau beberapa orang kepada Nabi Muhammad S.A.W. bukanlah wahyu daripada Ilahi. Mereka yang membuat tuduhan ini ialah Salman dan Aisy. Mereka berdua ialah orang Ajam (bukan Arab).
22. Allah dengan tegas menjawab tuduhan itu dalam surah an-Nahl (ayat 103) yang bermaksud ” Dan sesungguhnya Kami mengetahui bahawa mereka berkata: Sesungguhnya al-Quran itu diajarkan oleh seorang manusia kepadanya (Muhammad), padahal bahasa orang yang mereka tuduh mengajarkan nabi itu adalah bahasa Ajam, sedangkan al-Quran ini adalah lidah (bahasa) Arab yang terang“.
23. Banyak lagi ayat-ayat yang menerangkan Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, misalnya dalam ayat 192-195 surah asy-syu’araa’; ayat 37 surah ar-Ra’d; ayat 12 surah al-Ahqaf; ayat 28 surah az-Zumar (sekadar menyebut beberapa contoh).
24. Apabila usaha golongan penyair Arab Jahiliah yang berupa tuduhan itu tidak berjaya, mereka cuba pula menggubah kata-kata indah dengan maksud menandingi Al-Quran. Mereka merasa lebih tercabar apabila Allah sendiri S.W.T sendiri menurunkan ayat yang berikut.
25. ” Dan jika kamu menaruh syak (keraguan) tentang Al-Quran yang Kami (Allah) turunkan kepada hamba Kami (Muhammad) maka perbuatlah oleh kamu satu surah seumpama Al-Quran itu dan panggillah saksi-saksi kamu dari selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar. Maka jika tidak dapat kamu buat dan pasti tidak akan dapat kamu membuatnya, maka takutlah kamu akan api neraka yang pembakarnya adalah manusia dan batu-batu ” (Surah Al-Baqarah, ayat 23-24).
26. Maka berkumpullah orang-orang musyrik, terutama penyair-penyair mereka untuk mencuba mencipta gubahan kata-kata yang setanding dengan Al-Quran. Mereka yang dianggap golongan yang terpandai waktu itu mencurahkan segala tenaga dan kebolehan yang ada untuk mencapai cabaran itu.
27. Tetapi terbukti usaha mereka sia-sia sahaja. Kalau ada pun ciptaan yang dihasilkan, ciptaan itu rendah mutunya, janggal dan kadang kala lucah.
28. Misalnya ini terjadi kepada gubahan Musailamah al-Kazzab, salah seorang nabi palsu yang mendakwa syairnya setanding dengan ayat Al-Quran.
29. Gubahannya berbunyi “ hai kodok anak anak dari dua kodok. Bersihkan apa-apa yang akan engkau bersihkan. Bahagian atas engkau di air dan bahagian bawah engkau di tanah”. Bukankah gubahan seperti ini mlucukan?
30. Al-Jahiz seorang sasterawan Arab yang termasyhur, sesudah membaca karangan Musailamah itu lalu berkata di dalam kitabnya “Al-Hayawan”. “Saya tidak mengerti apakah gerangan yang menggerakkan jiwa Musailamah menyebut kodok (katak) dan sebagainya itu. Alangkah kotor isi gubahan yang dikatakan Al-Quran itu yang kononnya turun kepadanya sebagai wahyu “.
31. Di samping Musailamah, terdapat ramai lagi tokoh musyrikin yang cuba melakukan perbuatan yang terkutuk itu. Antaranya ialah Ablalah b. Ka’ab, Talhal b. Khuailid, Sajah bt Haris, Ana Nazar, ibnu Muqaffa’ dan Al-Mutanabbi.
32. Kegiatan memalsukan Al-Quran ini ini berjalan sehingga sekarang seiiring dengan kemunculan ajaran-ajaran salah. Ayat-ayat Al-Quran diubahsuai perkataan dan maksudnya untuk kepentingan golongan tertentu seperti yang dapat dilihat dalam ajaran Qadiani, Bahai dan lain-lain ajaran salah.
33. Kesimpulannya, walau apapun tuduhan dan usaha yang dilakukan untuk memalsukan Al-Quran dari dahulu sehingga sekarang dan akan datang, pasti semuanya akan menerima kegagalan.
34. Inilah janji Allah S.W.T. seperti yang terkandung di dalam firman-Nya yang bermaksud, “ Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami pula yang memeliharanya “ (surah al-Hijr, ayat 9).
Hakcipta Abd Bashid Harun











9 users commented in " Tuduhan Terhadap Al-Quran Dan Kegiatan Memalsukannya (sambungan) "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackSteady je si bashid tu ye
PAS diuji dengan kemenangan yang sedikit, tetapi tingkah laku mereka semenjak kemenangan itu seperti orang yang sangat bernafsu untuk mencintai dunia. Mereka berlagak seperti menang besar, sedangkan Tuhan hanya mahu menguji mereka dengan kemenangan kecil itu agar orang ramai tahu siapakah yang lebih benar dan lebih ikhlas dalam perjuangan mereka
Mereka hanya bercakap tentang Al-Quran yang dibaca, bukan Al-Quran yang bergerak dan dapat dilihat
Walaupun Nik Aziz tidak berbangga menjadi bangsa Melayu namun dia tidak dapat memadamkan Nik di depan Aziznya. Dia adalah lambang tipikal Kelantanese yang ditolak oleh Melayu seluruhnya.
“Aku tidak mahu aku dibunuh bagi kali kedua. Cukuplah sekali ini. Jadi tolong pastikan pembunuh aku menerima pembalasan yang setimpal, ” Tegas Sosilawati sebelum beredardari pandangan ku malam tadi
Geran Bertindih@1 Lot Tanah 2 Penama Untuk Lot Tanah Pertanian di Kerian, Perak.Dah lama dah….
Nik Aziz wajar menghindari Galas jika PAS mahu menang
Jika UMNO begitu veteran di Malaysia, Kelantan juga telah begitu lama di bawah PAS. Terlalu banyak percakapan di Kelantan sedangkan pembangunan ciput
Presiden UMNO bukan bercakap tentang benda baru, tetapi mengingatkan kita yang mungkin lupa kepada sejarah, kandungan perlembagaan, kontrak sosial dan kuasa raja-raja Melayu. Syabas DS Nabib
Leave A Reply