Tafsiran Yang Pelbagai Jangan Sampai Merugikan Umat Islam
“Perubahan dalam dunia yang begitu pantas, di mana wujud perkara-perkara baru yang tak pernah ditemui sebelum ini menghendaki kita membuat tafsiran agama yang lebih tepat. Kita tidak mahu agama yang menjadi pegangan kita menghalang kita daripada kemajuan. Kita tidak mahu perkara-perkara baru itu berlalu dan sirna begitu sahaja hanya kerana kegagalan kita memanfaatkannya dengan baik. Masalah agama dan masalah-masalah lain juga bukan berpunca daripada agama itu sendiri, tetapi bagaimana agama itu difahami dan diberi tafsiran. Agama Islam itu tidak cacat sama sekali. Yang cacat itu ialah tafsiran mengenai agama Islam. Lebih tepat lagi yang mungkin cacat ialah pentafsir itu sendiri. Pada zaman rasulullah s.a.w. terdapat hanya satu tafsiran kerana kumpulan orang Islam boleh terus merujuk kepada baginda. Tetapi selepas baginda wafat, tafsiran tentang Islam dibuat oleh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Kemudian diikuti oleh generasi yang lebih kemudian daripada mereka. Begitu ramai yang membuat tafsiran dan sebagai jawapan banyaklah tafsiran tentang Islam yang terhasil. Apa pun tafsiran tentang Islam, semuanya mendakwa itu dibuat berdasarkan al-Quran dan hadith. Kumpulan yang menyerang satu kumpulan yang lain pun mendakwa mereka menggunakan al-Quran dan hadith. Begitu juga kumpulan yang mempertahankan, mereka pun menyatakan yang mereka menggunakan al-Quran dan hadith. Seolah-olah semua tafsiran itu tiada cacat sama sekali. Bolehkah kita menolak ada kemungkinan yang tafsiran itu ada kekurangan dan cacat celanya.Pentafsir bukanlah ma’sum. Pentafsir seperti juga manusia biasa yang lain tidak dapat lari daripada bersikap memihak dan dipengaruhi emosi.Dalam keadaan itu dia boleh sahaja mengemukakan tafsiran/pendapat peribadinya untuk menghentam pentafsir yang lain dan mempertahankan pendapatnya” GuruBashid

















No user commented in " Pesanan GuruBashid (3) "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply