1 Semasa hidupnya dia telah berjaya menjadikan dirinya contoh kepada mereka yang ingin bertapak menjadi seorang usahawan yang berjaya. Dari zero kepada hero; dari seorang kerani bergaji RM400 dan sebelumnya pernah menoreh getah berjaya bergelar jutawan membangunkan sebuah syarikat kosmetik yang memberi ilham kepada pertumbuhan syarikat-syarikat seumpamanya di Malaysia.
2 Dan semasa kematiannya yang sebegitu rupa Tuhan turut memilih dirinya untuk menjadi landasan kepada terbongkarnya kes-kes manusia hilang yang lain yang pernah dilaporkan kepada pihak PDRM sebelum ini. Kematiannya begitu sadis, tanpa kubur tetapi jasanya melunjur dari semasa hayatnya kepada saat kematiannya.
3 Yang mati dan musnah hanyalah jasadnya, tetapi bukan rohnya. Rohnya tetap hidup dan sedang memasuki salur darah dan salur nadi suspek utama dan mereka yang bersekongkol membunuhnya.
4 Tahniah kepada Allahyarhamah Datuk Sosilawati dan Takziah kepada seluruh ahli keluarganya.
Catatan GuruBashid











No user commented in " Sosilawati Yang Berjasa Semasa Hidup Dan Mati "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply