Orang awam bercakap bohong
Paling kuat jadi pencuri
Orang alim bila berbohong
Tok guru digelar nabi.

Mulanya isu kelahiran nabi
Disamakan mamat di kg kami
Ada hasrat di sebalik bunyi
Ditamsilkan dia kepada nabi.

Orang alim bila berbohong
Diambilnya gelar wali dan mahdi
Pabila dia bertambah sombong
Tak mustahil rasul selepas nabi.

Tegur Kazim akan kazabnya
Tak jatuh juga serban besarnya
Bak Musailamah dan Sajahnya
Asalnya bongkak jelas tarikhnya.

Hakcipta Abd Bashid Harun

Protected by Copyscape Plagiarism Tool