Tulisan oleh Ustadz Muhammad Niam
Fenomena yang sering menimbulkan pertanyaan di kalangan kaum muslimin Malaysia dan Indonesia adalah manakala seorang solat sunnah sendiri, misalnya solat sunnah ba’diyah, atau solat fardu sendiri kemudian datanglah seseorang yang bermakmum kepadanya dengan menepuk pundak si mushalli pertama, sahkah solat seperti ini?
Permasalahan ini dalam kitab feqh dibahas dengan judul perbezaan niat imam dan makmum. Para ulama berbeza pendapat mengenai tata cara soolat seperti itu.
Pendapat pertama adalah mazhab Syafi’i mengatakan bahawa sah solat jamaah dengan perbezaan niat imam dan makmum secara mutlak. Jadi meskipun imam solat sunnah dan makmum solat fardu, imam solat Zohor dan makmum solat Asar, imam solat ada’ (tunai) dan makmum solat qada, semuanya sah, asalkan format solat imam dan makmum sama. Kalau formatnya berbeza, maka tidak sah, seperti misalnya imam solat gerhana dan makmum solat isya’, maka tidak diperbolehkan. Mazhab Syafi’i ini merupakan mazhab yang paling longgar.
Pendapat kedua adalah mazhab Maliki yang mengatakan tidak sah solat imam dan makmum yang berbeza niatnya, secara mutlak. Mereka yang solat fardu tidak boleh bermakmum dengan imam yang solat sunnah, begitu makmum solat zohor tidak sah apabila imamnya solat selain fardu. Ini pendapat paling ketat.
Pendapat ketiga adalah madzhab Hanafi yang mengatakan bahwa boleh orang solat sunnah di belakang imam yang solat fardu tapi tidak sebaliknya. Begitu juga tidak sah sholat makmumyang berbeza dengan solat imamnya meskipun sama-sama fardu.
Dalil-dalil:
Dalil pendapat pertama adalah:
1. Hadis riwayat Syafi’i dari Abu Bakrah bahawa Rasulullah s.a.w.
keluar untuk mendamaikan satu persengketaan di Bani Sulaim, lalu beliau membahagi sahabatnya menjadi dua kelompok, kemudian beliau solat mengimami dengan kelompok satu, kemudian solat lagi mengimami di kelompok kedua. Diriwayatkan itu solat Maghrib.
Sangat jelas pada hadis tersebut bahawa Rasulullah s.a.w. mengimami kelompok kedua, padahal beliau telah solat di kelompok pertama. Bererti solat Rasulullah mendirikan solat sunnat dan makmum pula mendirikan solat fardu.
2. Hadith riwayat Muslim dari Jabir bin Abdullah bahawa suatu hari Muadz solat bersama Rasulullah s.a.w. lalu ia datang kepada kaumnya lalu ia mengimami kaumnya solat Isya’ dengan membaca surat al-Baqarah, kemudian seorang lelaki keluar dari jamaah dan menyelesaikan sendiri solatnya. Orang-orang pun menegurnya “Apakah anda orang munafik?”, ia pun menjawab “Tidak, aku akan adukan masalah ini kepada Rasulullah”. Sesampai kepada Rasulullah s.a.w, orang itu berkata “Wahai Rasulullah, kami orang yang bekerja pada waktu siang, Muadz telah mengimami kami solat Isya’ telah larut dan membaca surat al-Baqarah”. Ketika Rasulullah s.a.w mendengar cerita itu, ditegurnya Muadz “Apakah angkau orang yang suka membuat fitnah? Mengapa tidak kau baca surat Sabbihis dan Wallaili Idza Yaghsyaa”.
Hadith ini juga menunjukkan perbezaan solat imam dan makmum, di mana Muadz telah solat Isya bersama Rasulullah s.a.w lalu menjadi imam kaumnya. Bagi Muadz solat sunnah dan bagi kaumnya solat fardhu.
3. Hadis riwayat Ahmad dll. Suatu hari Rasulullah s.a.w. solat
bersama sahabatnya, selesai salam datanglah seorang lelaki
ketinggalan lalu ia hendak sholat sendiri, lalu Rasuullah
bersabda “Siapa yang mau bersedekah dengan orang ini dengan
berjamaah dengannya”.
Hadis ini juga menunjukkan sahnya solat meskipun dengan perbezaan niat antara makmum dan imam.
Imam Syafi’I menyimpulkan bahawa riwayat-riwayat di atas menunjukkan bahawa perbezaan niat solat antara imam dan makmum tidak membatalkan solat jamaah.
Dalil pendapat kedua dan ketiga:
1. Hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim dll. Rasulullah s.a.w.
bersabda “Sesungguhnya dijadikan imam untuk diikuti, ketika ia
takbir maka takbirlah, ketika ruku’ maka ruku’lah ketika sujud
sujudlah, ketika ia sholat berdiri maka berdirilah !
Hadith tersebut menegaskan bahwa makmum harus mengikuti imam, perbezaan niat makmum menunjukkan sikap tidak mengikuti imam, maka tidak sah solatnya.
2. Hadith riwayat Ashabus Sunan dari Barra’ bin Azib, Rasulullah
s.a.w. bersabda “Janganlah kalian berbeza, maka berbezalah hati kalian, sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya mendoakan para mushalli di sof pertama”.
Hadith ini melarang berbeza dalam melakukan solat, baik pada sof mahupun niat, maka perbezaan niat imam dan makmum menjadikan solat tidak sah.
Imam Abu Hanifah nampak cuba menggabung hadis-hadis di atas secara tekstual, bahawa hanya makmum solat sunnah boleh mengikuti imam yang solat fardlu seperti yang dicontohkan dalam hadis.
Bagi pengikut mazhab Syafi’I, ketika solat sendiri kemudian merasa ada makmum yang datang mengikutinya, hendaknya ia tidak menunggu makmum tersebut, misalnya dengan memperpanjang bacaan dlsb, tapi hendaknya ia konsentrasi penuh dengan solatnya.
Bagi yang bermakmum kepada orang yang solat sendiri atau solat sunnah, ada baiknya makmum menepuk pundak mushalli. Menepuk pundak mushalli [orang yang solat] adalah sebuah isyarat adanya seseorang yang hendak bermakmum kepadanya. Demikian ini agar ia melakukan niat menjadi imam. Karena tanpa niat tersebut ia tidak mendapatkan pahala berjamaah. Sementara jamaah itu sendiri adalah sah, tanpa ada niat daripada imam, selama makmum telah berniat jamaah. Jadi, niatnya imam hanya untuk dirinya sendiri, agar ia mendapatkan pahala berjamaah.
Untuk wanita yang ingin berjamaah dengan seseorang yang masbuk, ia boleh menepuk pundak jika dirasa tidak menimbulkan fitnah. Dan jika dirasa demikian, ia boleh memberi isyarat apapun yang dapat dipahami oleh masbuk tsb. atau jika sulit, tak perlu ia memberi isyarat. Mengetahuinya imam akan adanya seseorang yang bermakmum kepadanya tidak merupakan syarat sahnya berjamaah. Ketentuan ini tidak untuk solat Juma’at. Karena di antara syarat sahnya solat jumaat adalah dilaksanakan secara berjamaah. Pada solat Juma’at ini, imam harus berniat jamaah sejak takbiratul ihram.












No user commented in " Perbezaan Niat Imam Dan Makmum "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply