Assalammualaikum…,saya mohd ismadi bin madeli…,saya dimaklumkan oleh guru saya iaitu ustaz mohd husni yang cikgu merupakan seorang ketua juri bagi pertandingan syarahan agama. Oleh itu, saya ingin meminta jasa cikgu untuk memberi petua atau panduan bagaimana hendak membuat teks bagi syarahan tersebut dan memilih dalil…,sekian….
GuruBashid:
Wa’alaikumussalam wr wbt.
Sdr Mohd Ismadi, semoga Allah merahmati anda. Sampaikan salam saya buat ustaz anda juga.
1 Saya pernah menjadi ketua juri ketika saya di Sabah dan waktu itu saya mengajar subjek Pendidikan Islam, dan sekaligus sebagai YDP Persatuan Guru Ugama Kebangsaan Sabah (PGUKS).
2 Ini agak lama dan saya kira mungkin format syarahan agama sekarang telah berubah. Saya pun tidak pasti sebab saya sudah lama tidak terlibat dalam bidang ini.
3 Tetapi saya berharap apa yang saya tuliskan di sini sedikit sebanyak dapat membantu.
i. Mulakan dengan salam dan kemudian baru diikuti dengan kalam. Kaedahnya, assalam qablal kalam yang bererti “salam itu datang sebelum kalam (perkataan).”
ii. Selepas itu diikuti dengan hamdallah dan solawat.
iii. Nyatakan tajuk syarahan dan beri maksud keseluruhan tajuk sebagai membuktikan anda benar-benar memahami dan menghayati kehendak tajuk. Tak perlu beri definisi satu persatu, memadai beri definisi keseluruhan tajuk.
iv. Nyatakan secara ringkas ke mana hala tuju yang hendak dibawa supaya hakim dan pendengar jelas fakta yang akan anda huraikan.
v. 7 isi. Setiap isi ada kata kunci, ada huraian. Dalam huraian mesti ada contoh, jika ada data terkini masukkan, petik sejarah silam yang berkaitan dan hubungkannya dengan isu semasa, muatkan dalil naqli sahaja (ayatnya bukan maknanya) dan buat rumusan kukuh.
vi. Dalil (Quran atau hadith) boleh disebut dahulu, di tengah-tengah atau di akhir setiap isi. Jika dalil itu bersesuaian dengan isu semasa yang berkaitan kata kunci yang hendak dihuraikan, bacakan dalil itu pada waktu anda menghuraikan isu semasa itu. Jika lebih sesuai dibacakan sewaktu anda membentangkan perisitiwa semasa, baca dalil ketika itu. Yang penting satu isi 1 dalil. Ingat hanya dalil naqli yang diterima; ingat lafaznyanya sahaja diberi markah bukan maknanya. Memadai 1 isi 1 dalil, sebab masa diperlukan untuk huraian isi yang lain.
vii. Buat rumusan keseluruhan berkaitan tajuk syarahan.
viii. Dan perkataan terakhir mesti salam seperti ungkapan wabillahittaufiq walhidayah wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
vix. Jangan ada apa-apa lagi perkataan keluar dari mulut anda selepas salam.
x. Seperkara lagi istilah Arab, ayat Quran dan perkataan-perkataan yang berkaitan Islam mesti disebut dalam lahjah arabiah (ikut sosok Arab, bukan susuk Melayu).
xi. Gaya mesti datang serentak atau kemudian daripada perkataan dan hanya gaya yang sederhana dan tepat dengan maksud diberi markah.
GuruBashid
















6 users commented in " Panduan Syarahan Agama "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackAdakah dalil tersebut perlu disertakan dengan maksud???
GuruBashid:
Dahulu (saya tak tahu perubahan sekarang) tak perlu. Walaupun yg diambil kira untuk pemberian markah hanyalah dalil naqli dalam bentuk lafaznya,namun memberikan maksud adalah lebih bagus kerana tidak semua penonton atau pendengar yang memahami maksud ayat atau hadith.sekalipun maksud ayat atau hadith tersebut tidak diambil kira dalam pemberian markah, namun matalamat kita memberi kefahaman kepada semua jenis penonton dan pendengar tercapai.
adakah boleh menceritakan semula kisah zman nabi untuk tauladan???
Gurubashid:
Sewajarnya walaupun itu bukan suatu kemestian. Tetapi itulah yang menjadi minat saya
assalamualaikum
ust tanya sikit dalam borang penghakiman syarahan tu setiap huraian diperuntukan 4 markah,
boleh ka ust detailkan sikit apa yang nak dimasukan dalam huraian tu,
saya buat begini,
isi - 1 markah
nas - 1 markah
huraian -konsep isi - 1 markah
-latar belakang isi - 1 markah
-data @ isu terkini - 1 markah
-kesimpulan kecil - 1 markah
kalau ada kesilapan ust jelaskan sikit,
GuruBashid:
Saya benar-benar tidak tahu tentang format syarahan agama sekarang dan pengagihan markahnya. Jadi saya tidak dapat menjawabnya.
ust tanya seperkara lagi, ada tak klip video syarahan dalam simpanan , yang dulu cukuplah 1 atau 2, maksud saya syarahan agama yang menjadi johan negeri satu ketika dulu
GuruBashid:
Maafkan saya Roslan, semuanya sudah tidak ada lagi dalam simpanan. sejak cikgu kembali ke Semenanjung pada tahun 1996, cikgu dah tinggalkan semua itu. Hubungi PPD atau PKG berhampiran. Minta tolong ustaz anda
askom ustz. saya kurang memahami tajk syarahan agama saya iaitu cndekiawan islam pencetus kecemerlangan pelajar boleh tak ustz tolong terangkn macamna saya nak tulis text syarahan tersebut.klu boleh ustz rply ket saya secepat mungkin .segala budi baik ustz hana ALLAH SWT membalasnya.
Salam ustaz.
boleh saya tahu,berapakah isi minimum sebuah tajuk?
GuruBashid:
Salam kembali. Jika ditanya kepada saya, 5 hingga 7 isi
Leave A Reply