Kepada Saiful:
Hanya ada satu yang boleh menyelamatkan anda iaitu bercakap benar di mahkamah. Katakan apa yang sebenarnya berlaku pada diri anda dan Anwar; jangan ada sedikit pun tokok tambah dan jangan ada sesuatu pun yang disembunyikan. Jika jawapannya “ya” katakan sahaja ya, jika memang benar anda terlibat dan jika jawapannya “tidak” katakan sahaja tidak, jika benar-benar anda tidak terlibat. Jika kurang jelas, katakan sahaja “saya kurang jelas” jika memang benar anda kurang jelas. Jika itu yang dapat anda katakan, insya-Allah Dia akan berada di sisi orang yang benar.
Kepada Anwar:
Hanya ada satu yang boleh menyelamatkan anda iaitu bercakap benar di mahkamah. Katakan apa yang sebenarnya berlaku pada diri anda dan Saiful; jangan ada sedikit pun tokok tambah dan jangan ada sesuatu pun yang disembunyikan. Jika jawapannya “ya” katakan sahaja ya, jika memang benar anda terlibat dan jika jawapannya “tidak” katakan sahaja tidak, jika benar-benar anda tidak terlibat. Jika kurang jelas, katakan sahaja “saya kurang jelas” jika memang benar anda kurang jelas. Jika itu yang dapat anda katakan, insya-Allah Dia akan berada di sisi orang yang benar.
Kepada Saiful dan Anwar;
Sudah puas anda mengadu kepada manusia supaya manusia mendengar keluhan anda; mengapa anda tidak berkunjung ke rumah-Nya di Makkah; mengerjakan ‘umrah, memijak tanah merekah, tetapi penuh barakah dan sambil merayu kepada Allah ” Wahai Tuhan, Kau berilah aku petunjuk dan Kau permudahkanlah segala urusan.”
Dan ingatlah wahai kedua-duanya, Saiful dan Anwar, pada hari itu Allah bukan sekadar melihat, tetapi sangat hampir dengan anda.
GuruBashid











7 users commented in " Nasihat Saya Kepada Saiful dan Anwar Menjelang 25 Februari "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackSaya tidak sabar menunggu reaksi anda tentang ini
Komen ampu KERAjaan ngko simpan tapi kalau dedah kekufuran UMNO-BN ngko terus jer delete. Terimakasih gurubashid kerana jadi hipokrit.
GuruBashid:
Bukan hipokrit tetapi jelas, ya sangat jelas. Jelaskan saya penyokong kerajaan dan UMNO. Yang hipokrit percakapan dan tindakannya tak serupa.
GuruBashid:
Untuk komenlah nie, tiada kena mengena dengan tajuk yang dibincangkan dan tidak menjawab soalan.
GuruBashid:
Beruk Banjar yang selalu menukar-nukar nama,
Tak de kaitan dengan topik macam mana saya nak siarkan.
sudah le hang ba..shit…tunjuk aje lagak pande…takut pada diri sendiri.hang tu banyak buat palagiat.
GuruBashid:
Apa-apa jelah Beruk. Ikut suka kaulah beruk.
Ingat pada aallah….apa yang kita buat hanya kerana dan untuk Allah….
GuruBashid:
Itulah yang sepatutnya. Ingatan itu untuk semua yang bernama hambanya tanpa mengira dalam wadah mana dia berada. Dia patut tahu apa yang patut dituturkan dan apa yang patut disimpan sahaja.
saiful telah pergi umrah , sila semak blog dia ..
Leave A Reply