1 BUKAN sahaja UMNO yang marahkan tindakan Pas membenarkan penghinaan dan kutukan ke atas orang lain sambil menyifatkan tindakan seperti itu bukan daripada ajaran Islam, parti komponen dalam BN seperti Gerakan dan MCA pun sudah mula menyedari penyelewengan ajaran Islam oleh parti itu.
2 Sungguh pun orang lain mungkin melihat hal ini kecil sahaja, namun bagi saya ia suatu yang perkembangan yang cukup menggalakkan bagi BN setelah bergelumang dengan krisis kesetiakawanan selepas pilihan raya umum yang lalu.
3 Sekali pun suara ini datangnya daripada parti komponen BN sendiri, namun perkembangan terbaru ini memadai untuk menunjukkan kaum Cina di negara ini pun sudah mula bosan dengan cara Pas yang langsung tidak menghormati orang lain dengan menggunakan taktik kempen yang tidak baik termasuk gemar menyentuh isu peribadi dan melanggar janji.
4 Kalau dahulu parti-parti ini hanya mengambil tindakan berdiam diri dalam hal-hal seperti ini termasuk dalam hal yang berkaitan dengan Islam dan membiarkan UMNO yang menanganinya, kini mereka pun sudah faham dan tidak akan membiarkan perbuatan buruk itu daripada terus berlaku. Mereka nampaknya lebih mengenali siapa Pas sekarang dan berkongsi perasaan yang sama dengan UMNO sebagai rakan BN.
5 Jika perkembangan terbaru ini diambil kira, saya nampak sudah ada anjakan dalam komponen BN sejak dilanda masalah selepas PRU ke-12 yang lalu apabila semangat BN dikongsi bersama oleh parti-parti komponennya dan dibuktikan pula melalui pernyataan yang serupa.
6 Ini dibuktikan apabila Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe melahirkan kekeliruannya berhubung tindakan Pas yang menghalalkan kutukan terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN), sedangkan perbuatan itu bercanggah dengan ajaran agama Islam.
7 Sehari sebelum itu Presiden MCA, Dr Chuah Soi Lek berkata bahawa pembangkang cakap tak serupa bikin (not do what they say). Walaupun presiden MCA itu tidak merujuk kepada perkara tertentu namun kenyataannya itu meliputi sikap kurang senangnya kepada pembangkang, khusunya PAS yang suka bercakap kotor kepada orang lain.
8 Beliau berkata sikap pembangkang itu bukan sahaja mengelirukan orang Islam malah mereka yang bukan Islam berhubung pegangan parti berkenaan selain mencemar kesucian agama berkenaan.
9 Katanya, ketika berceramah pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, pembangkang dilihat sibuk mengutuk pemimpin BN,walhal pada masa yang sama, mereka sentiasa mengungkap perkataan “dosa” dan “pahala”.
10 “Mereka cakap tidak serupa bikin kerana bila bercakap pasal dosa, mereka lebih pandai dari kita, tetapi dalam ceramah, mereka kutuk kita, itu bukan dosakah?,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini.
Catatan Abd Bashid Harun











No user commented in " Komponen BN Sudah Mula Bersuara Terhadap PAS Yang Suka Bercakap Kotor "
Follow-up comment rss or Leave a Trackback