Penyakit sebahagian kita umat Islam di negara ini ialah mereka tidak sabar menerima hasil daripada apa yang mereka dakwa sebagai usaha-usaha mereka. Mereka seolah-olah ingin melihat usaha mereka yang kecil itu memberi implikasi positif dan dapat mengubah manusia, dan kerajaan juga.
Sebahagiannya pula memaksakan do’a mereka untuk diterima Tuhan. Masalahnya, harapan itu diletakkan setelah mereka tidak melakukan apa-apa pun kecuali mencari salah kerajaan dan memaki hamunnya.
Dan yang lebih melampau mereka sanggup menurut nafsu ammarah mereka itu dengan mengada-adakan cerita dengan niat untuk membuka pekung orang lain walaupun akhirnya pekung mereka sendiri yang terbuka.
Mereka terlupa bahawa tidak ada sesiapa boleh ubah sesiapa. Usaha-usaha manusia walau sebesar mana tidak akan memberi bekas kepada manusia yang lain. Jika ada yang boleh memberi bekas dan mengubah hati manusia, itu hanyalah Allah azza wajalla.
Itu pun jika seseorang itu memang bersalah. Masalahnya kerajaan Malaysia tidak pernah dengan sengaja melakukan kesalahan. Kaedahnya tidak akan wujud kesepakatan dalam melakukan kesalahan atas nama agama.
Usaha-usaha menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini; meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan meninggikan syiarnya; menggalakkan rakyat menuntut ilmu melalui proses pembelajaran sepanjang hayat; meletakkan matlamat melahirkan modal insan dengan minda kelas pertama; penerokaan ke angkasa lepas; menaikkan gaji kakitangan awam; menggunakan polisi sedia ada untuk mengekalkan keamanan dan perpaduan; membasmi kemiskinan tegar; memerangi gejala rasuah, dadah dan pecah amanah; membangunkan negara dalam pelbagai bidang seperti ekonomi dan sosial, bukankah semua usaha yang telah dan sedang kerajaan usahakan ini dituntut oleh Islam.
Siapa yang berani menyatakan bahawa salah satu atau semua usaha yang disebutkan tadi bertentangan dengan ajaran agama.Hakcipta Abd Bashid Harun












No user commented in " Kita Tak Boleh Ambil Alih Kerja Tuhan "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply