“Pandai marah juga rupanya,” GuruBashid

1 PAS mengajak UMNO berkerjasama dengan mereka ketika mereka marah dan hilang arah. Mana mungkin keputusan dapat dibuat ketika marah.

2 Ketika marah dan berdendam, hanya mulut mereka ingin bersama kita sedangkan hati mereka bersama yang lain. Sebelah tangan melambai sungguh, sedangkan sebelah tangan lagi digenggam kukuh.

3 Mereka mahu menambahkan syarat untuk kerjasama yang mereka sendiri tawarkan, sedangkan Allah hanya melihat yang kita ini bersaudara.