” Kita tidak boleh menghalang mana-mana jalang masuk ke panggung. Tetapi kita masih ada masa untuk menghalang jalang daripada beraksi di depan penonton,”
GuruBashid

1 WALAU apapun alasannya, saya tidak setuju langsung jalang dibawa ke pawagam yang majoriti penontonnya adalah belia (18PL).

2 Jika ada pelajar yang bertanya kepada saya mengapa dipilih nama jalang dan mengapa jalang dibenarkan masuk pawagam saya tidak akan memberi apa-apa rasional untuk membenarkannya.

3 Saya boleh mempertahankan UMNO, BN dan kerajaan tetapi saya tidak diberi kekuatan untuk mempertahankan jalang ini.

4 Sebagai guru yang dididik dengan nilai-nilai terpuji dan disuruh mengajar hanya perkara-perkara baik kepada para pelajarnya, saya hanya ada satu jawapan untuk ini.

5 “ Tolong jauhi jalang termasuk yang di pawagam itu kerana ia tidak baik untuk kesihatan rohani dan jasmani rakyat Malaysia. ”

6 Saya percaya ramai ibu bapa di luar sana yang bersifat terbuka.Kalau tidak selalu pun, kadang-kadang mereka membawa anak mereka menonton di pawagam.

7 Tetapi untuk filem ini adakah mereka akan berkata kepada isteri, anak teruna dan anak dara mereka, jom, ayah nak ajak kamu tengok jalang!

8 Biarkan jalang kekal di port-portnya dan hanya orang tertentu yang sudah tahu melangganinya.

9 Tidak ada yang baik pada jalang selain membiarkan tubuh dan kemaluannya untuk dikongsi oleh lelaki miang.

10 Biarkan jalang untuk jalang. Jangan diajar orang lain yang bukan jalang menikmati tubuh jalang.

11 Siapakah yang akan menonton jalang kalau mereka yang tidak teruja dengan jalang sama ada mereka yang sudah biasa dengan jalang atau mereka yang ghairah untuk mengetahui tentang jalang.

12 Apakah nilai murni yang boleh diambil daripada jalang? Sikap baik jalang yang sedang mengangkang paha untuk dinikmati kemaluannya?

13 Budi baik jalang yang memuaskan suami yang dahaga kasih sayang isteri?

14 Ketabahan jalang menjaja tubuh untuk mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak dan menampung keperluan diri sendiri dengan terpaksa mengabaikan maruah?

15 Kebijaksanaan jalang menggunakan kemahiran membujuk dan kecantikan batang tubuh sebagai strategi memerangkap lelaki-lelaki jalang?

16 Kalau ada pun jalang yang baik ialah jalang yang kekal di portnya dan tidak menjual tubuh kepada orang yang tidak biasa dengannya.

17 Jalang yang baik tidak akan mahu orang lain menjadi sepertinya dan rosak yang berpunca daripada dirinya.

18 Seronok benar nampaknya orang yang terlibat dengan jalang ini mempertahankan jalang di pawagam.

19 Mereka akan menyediakan rasional demi rasional yang agak kejalangan untuk mempertahankan jalang-jalang masuk panggung seluruh Malaysia.

20 Kononnya mereka sangat prihatin dengan nasib jalang dan kalau bukan mereka lagi yang simpati terhadap jalang, siapa lagi?

21 Ingat yang yang kita pertikai bukan jalan yang mengangkang di rumah atau port mereka itu, tetapi jalang yang dibawa ke pawagam untuk dipertontonkan kepada rakyat seluruh Malaysia.

22 Saya tidak tahu apakah perasaan belia yang datang berpasangan semasa melihat jalang beraksi di depan mata mereka dan selepas keluar dari pawagam tempat jalang bertandang itu.

23 Nanti akan adalah pembela-pembela jalang atau lebih lembut lagi para simpatis jalang yang akan berkata, iman seseorang yang akan menentukan apa jadi selepas itu, bukan disebabkan jalang per se.

24 Kalau mereka nak buat maksiat tak perlu disebabkan jalang di pawagam itu.

25 Kalau itulah jawapannya, ternyata jawapan seperti itu pun berbau jalang.

Hakcipta Abd Bashid Harun