1 Saya tidak mahu campur tangan urusan peribadi Adun Selising, sebab sudah ramai orang memperkatakannya, tetapi saya marah apabila nama Selinsing disebut.
2 Keghairahan sebahagian bloger mengetengahkan isu yang boleh menegangkan itu tidak sepatutnya membutakan kita untuk membezakan antara Selising dengan Selinsing.
3 Cukuplah nama Selising yang di Kelantan itu disebut, jangan babitkan Selinsing yang di Semanggol Perak itu.Selinsing tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kes itu.
4 Orang boleh mendiamkan diri jika yang disebut itu benda baik, tetapi jika yang ditulis itu tentang sesuatu yang tidak baik orang akan lebih berhati-hati.
5 Tidak ada sesiapa yang mahu dikaitkan dengan benda buruk, lebih-lebih lagi jika memang dia tidak melakukannya.
6 Jadi tolong hati-hati apabila menulis nama tempat sebab di Malaysia ini bukan satu tempat bernama Selising dan bukan juga satu tempat bernama Selinsing. Tetapi yang dikaitkan dengan skandal seks itu Selising yang di Kelantan itulah, bukan Selinsing yang di Semanggol Perak tu.
7 Saya boleh sahaja mendiamkan diri jika saya mahu berbuat demikian. Sebabnya Adun Selinsing di bawah parlimen Bagan serai, Perak itu juga Adun dari parti PAS sedangkan orang tahu yang saya ahli dan penyokong kuat parti UMNO.
8 Namun sebagai guru yang dipanggil cikgu oleh murid-murid saya, saya tidak akan mendiamkan diri jika perkara itu jelas tidak betul.Malahan menjadi tanggungjawab saya untuk membetulkan keadaan.
Catatan GuruBashid











No user commented in " Bukan Selinsing Tetapi Selising "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply