Sesungguhnya Allah mencipta banyak lagi ayat-Nya yang lain selain ayat al-Quran. Selain ayat-ayat-Nya yang maqru’ah, Dia juga mencipta ayat-ayat-Nya yang manzhurah.Hampir setiap hari Allah membentangkan ayat-ayat-Nya yang Manzhurah itu di hadapan kita, lepas satu satu. Tetapi kerana kejahilan sebahagian kita mengenai ayat yang manzhurah itu, maka kita selalu berpaling daripadanya. Seolah-olah tanda-tanda yang boleh dilihat itu bukan sebahagian daripada ayat-ayat atau tanda-tanda kebesaran-Nya.