” Semakin lama aku hidup di atas muka bumi ini, semakin aku menyaksikan kejahatan lisan dan tulisan bermaharaja lela seperti percikan bunga api di musim perayaan di mana pelakunya sedikit pun tanpa rasa bersalah, sebaliknya melakukannya dengan seronok dan penuh meriah. Apa yang tidak pernah berlaku sebelumnya kini berlaku sehingga sebahagiannya tercengang melihat sebahagian yang lain. Islam yang nyata benar dan sudah jelas itu dikelabui dengan perbuatan-perbuatan yang diangkat atas nama Islam oleh yang mengaku lebih alim di kalangan pengikut mereka.Tetapi mereka tidak lebih daripada ulamak lisan berhati hitam. Mereka tidak mengajar apa-apa kecuali sesuatu yang digemari sebagai halwa telinga dan keuntungan peribadi. Sesungguhnya Islam selagi di tangan mereka tidak akan memimpin sebaliknya hanya menjadi alat untuk memuaskan hati hitam milik mereka sendiri.Apabila yang keliru pergi, keliru yang lebih besar segera datang sebagai pengganti.Sebelum terpadam kekeliruan terdahulu ditimbulkan pula satu kekeliruan yang lain dari mulut mereka sendiri. Tidak pernah terjadi seseorang muslim mendoakan kesejahteraan seseorang yang bukan Islam kerana keselamatan dan kesejahteraan itu ucapan yang dikhususkan ke atas orang Islam. Di sini aku ingin mengajarkan kamu satu ajaran di mana setiap kali kita mengucapkan salam ke atas saudara Islam yang lain setiap kali itulah Allah memancarkan warna putih bersinar pada wajah kita.Sebaliknya setiap kali seseorang Islam mendoakan kesejahteraan saudaranya yang bukan Islam, setiap kali itulah Tuhan palitkan satu calitan hitam pada wajahnya. Lebih kerap ia melakukannya lebih hitamlah wajahnya sehingga warna putih pada serban dan jubah yang dipakainya tidak dapat memutihkan wajahnya yang hitam itu, ” GuruBashid











No user commented in " Ajaran GuruBashid Ke-18: Siapakah Pemilik Wajah Hitam Itu? "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply