SEBELUM ini pernahkah anda mendengar tentang keranda pasang siap. Yang pernah saya dengar dan lihat sendiri ialah keranda yang sudah siap. Saya sendiri telah melayari internet untuk memastikan sama ada keranda pasang siap ini benar-benar wujud atau pun tidak.Ternyata saya tidak menemuinya. Ceritanya seakan-akan ada, tetapi realitinya tiada bukti.Baru-baru ini sahabat saya dari sebuah negeri di utara telah menziarahi saya. Sahabat saya ini terlibat membantu syarikat perabot milik orang tuanya. Daripada ceritanya, dia ada memberitahu saya yang syarikatnya turut menghasilkan dan memasarkan keranda pasang siap. “Kalau ada saya ingin menjadi pengedarnya”, kata saya. Dalam kunjungan ke rumah beliau pada hari Jumaat yang lalu, GuruBashid sempat dibawa ke premis perniagaan beliau. Ternyata memang wujud keranda pasang siap yang didagangkan atas nama KERPAS, kependekan Keranda Pasang Siap. KERPAS melambangkan satu produk yang inovatif berasaskan produk keluaran umat Islam. KERPAS merupakan produk keranda pertama di dunia, yang telah direka cipta sedemikian rupa bagi memenuhi keperluan semasa yang semakin canggih pada hari ini. Bagi menjaga kebersihannya, produk ini dibungkus rapi di dalam kotak kertas yang bersaiz padat. Keistimewaan produk ini antara lain membolehkan pemborong, pemilik atau penjualnya menyimpan di tempat yang terhad seperti di bawah katil, setor dan sebagainya. Keranda KERPAS ini berukuran 20″ x 76″. Kemudian bersama dengan keranda asas itu disiapkan juga satu keranda tambahan berukuran 20″ X 8″ untuk memenuhi pelbagai saiz mayat. Keranda yang dijual dengan harga RM250 seunit  ini selamat untuk disimpan dan tidak dimakan ulat. Manual Pemasangan, dan L Key dibekalkan sekali dalam kotak KERPAS. Berdasarkan panduan itu, sesiapa sahaja boleh memasangnya. GuruNiaga Dot Com diberi kepercayaan untuk memasarkan keranda terkini ini secara online. Sesiapa yang berminat untuk menjadi pembeli secara pukal keranda KERPAS ini bolehlah menghubungi saya melalui email: gurubashid@yahoo.com atau sms 013-5964217