Archive for January, 2011
Posted in January 24th, 2011
1 Majlis Ketua Tingkatan atau MKT adalah terdiri daripada seorang Ketua Guru Penasihat, beberapa orang guru penasihat dan AJK yang terdiri daripada Ketua-Ketua Kelas dan Penolong-Penolong Ketua Kelas.
2 Antara Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas itu ada yang dilantik sebagai Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan AJK yang dipilih dalam satu mesyuarat. […]
continue reading.....
Posted in January 24th, 2011
Ciri-Ciri Kepimpinan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas
1 Sekolah yang cemerlang bermula daripada pengurusan dan kepimpinan kelas yang cemerlang. Kecemerlangan kelas pula banyak dibantu oleh kehadiran Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas yang memimpin, bukan sekadar menjadi ketua.
2 Memimpin bererti mempunyai keupayaan mengurus kelas sebagaimana piawai yang telah pun ditetapkan dan mempunyai kebolehan mempengaruhi […]
continue reading.....
Posted in January 23rd, 2011
1 Sejajar dengan hasrat untuk mengangkat martabat Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas sebagai pengawas di peringkat kelas, maka adalah wajar mereka yang terlibat dipilih berdasarkan nilai-nilai kepimpinan yang wujud dalam diri mereka, bukan berasaskan undi popular.
2 Justeru campurtangan guru kelas semasa pemilihan amat diperlukan agar pemilihan ketua kelas dan penolong ketua kelas benar-benar menepati […]
continue reading.....
Posted in January 23rd, 2011
1 Terdapat sekurang-kurangnya dua instrumen kawalan kelas yang perlu diwujudkan dan diurus dengan sempurna oleh Ketua Kelas dan penolongnya.Instrumen kawalan kelas yang pertama ialah Rekod Kawalan Kelas dan kedua, Pas Keluar Kelas.
2 Berdasarkan pengalaman SMK Kamunting, kedua-dua instrumen kawalan ini diberi tanda warna yang berbeza mengikut kelas dengan tujuan memudahkan pengecaman.
3 Kelas Peralihan […]
continue reading.....
Posted in January 23rd, 2011
1 Majlis Ketua Tingkatan (MKT) diwujudkan bagi mengangkat martabat Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas sebagai pemimpin murid bertaraf pengawas di peringkat kelas atau bilik darjah serta mengiktiraf akan peranan yang mereka boleh sumbangkan dalam membantu Guru Kelas mengurus kelas serta membawa kelas mereka ke tahap yang selayaknya sehingga benar-benar berfungsi sebagai nadi dan […]
continue reading.....
Posted in January 22nd, 2011
Tidak seperti Pilihan Raya Kecil (PRK) yang lalu, kali ini dalam PRK Dun Tenang saya tidak mahu turut serta memberikan pandangan dan ulasan. Cukuplah blogger lain yang mengulasnya. Bagi saya Tenang tidak ada masalah bagi BN untuk mengekalkan kerusi yang pernah dimenanginya sebelum ini. Cuma harapan saya agar BN perlu menang dengan majoriti 5000 dan […]
continue reading.....
Posted in January 21st, 2011
1 Saya tidak mahu campur tangan urusan peribadi Adun Selising, sebab sudah ramai orang memperkatakannya, tetapi saya marah apabila nama Selinsing disebut.
2 Keghairahan sebahagian bloger mengetengahkan isu yang boleh menegangkan itu tidak sepatutnya membutakan kita untuk membezakan antara Selising dengan Selinsing.
3 Cukuplah nama Selising yang di Kelantan itu disebut, jangan babitkan Selinsing yang […]
continue reading.....
Posted in January 21st, 2011
1 Antara strategi pengurusan Hal-Ehwal Murid (HEM) 2011 ialah membangunkan lebih ramai pemimpin dalam kalangan murid atas andaian semua murid berpotensi untuk memimpin dan boleh dilatih jika diberi peluang. Lebih ramai murid yang diketengahkan sebagai pemimpin adalah lebih baik untuk mewujudkan iklim sekolah yang kondusif. Dan lebih baik lagi jika setiap murid di sebebuah […]
continue reading.....
Posted in January 18th, 2011
Sungguh aneh. Setelah kita membenarkan banyak drama dan filem berunsur khurafat, mistik dan tahayul ditayangkan di negara ini meskipun kita sedang menuju ke arah sebuah negara maju, tiba-tiba kita juga yang memilih antara drama/filem itu yang mana paling khurafat untuk diharamkan. Kah kah kah. Khurafat pun ada kelasnya.
continue reading.....
Posted in January 17th, 2011
1 Al-Hamdulillah saya telah pun menyelesaikan pembacaan novel Kembara Amira dan telah pun mendapat gambaran menyeluruh tentang kandungan novel tersebut.
2 Cuma selepas ini saya perlu membaca dari satu muka surat ke satu muka surat, dan kemudian dari satu perenggan ke satu perenggan untuk mendapatkan gambaran yang lebih terperinci dan lebih mendalam tentang kandungan novel […]
continue reading.....