Archive for October, 2009
Posted in October 31st, 2009
1 AL-Hamdulillah, telah ditakdirkan Allah azzawajalla yang blog GuruBashid pada hari ini mencapai tahap kedudukannya yang tertinggi.
2 Lebih menggembirakan saya ialah blog ini cukup mesra enjin carian terutama Google dan Yahoo.
3 Dengan menulis frasa ‘panduan guru’ sebagai contoh, blog ini akan berjaya diakses pada kedudukan di tempat yang pertama.
4 Blog yang menggunakan […]
continue reading.....
Posted in October 31st, 2009
1 Pada hari ini saya mewakili Pengetua ke Seminar Kecemerlangan PIBG peringkat negeri Perak.Seminar yang dihadiri oleh YDP PIBG, Pengetua dan seorang AJK PIBG atau wakil mereka berjaya menarik kira-kira 1000 orang.
2 Antara penceramah yang diundang di seminar yang diadakan di Teluk Batik Resort, Lumut ini ialah mantan Pengarah Pelajaran Perak, Tuan Haji Hussain b. […]
continue reading.....
Posted in October 28th, 2009
1 Jika tidak kerana lakonan mereka pada hari ini, pembangkang di Perak hampir dilupakan. Jadi sebelum orang terus melupakan mereka, mereka terpaksa melakonkan adegan baru dengan mengekalkan pelakon lama yang diberi nafas baru.
2 Mereka tak boleh hidup tanpa populariti. Justeru, mereka tidak segan silu melakukan apa sahaja asalkan dapat menarik perhatian orang ramai ke […]
continue reading.....
Posted in October 26th, 2009
From: “Aileen Lay Wah”
To: “Panduan Guru-Guru Malaysia” Guru Basyid,
Terima kasih kerana masih mengirim email kepada saya yang saya baca kerana
berminat.
Saya pernah dengar daripada rakan-rakan bahawa beberapa penceramah menggunakan
surau dan masjid untuk menyampaikan pemahaman politik mereka, kebanyakkan
untuk menghentam sesuatu parti dan pemimpin. Kadang-kadang ia berlaku di kuil juga.
Harap aktiviti sebegini tidak akan […]
continue reading.....
Posted in October 25th, 2009
1 Hasrat saya untuk menyampaikan khutbah Jumaat seperti terkandung dalam posting saya sebelum ini nampaknya mengundang pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak.
2 Saya sengaja menuliskan hasrat saya itu bagi mendapatkan maklum balas agar saya dapat mempersiap diri sebelum melakukannya.
3 Saya tahu bahawa saya boleh sahaja melakukannya terus tanpa memberitahunya di sini asalkan saya sudah mendapat […]
continue reading.....
Posted in October 23rd, 2009
1 Selain menguatkuasakan peraturan yang sedia ada, saya telah merancang untuk membaca khutbah Jumaat di Masjid Kg Ekspo, Kamunting sebagai strategi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak di kawasan ini dan bagi mengurangkan kadar ponteng sekolah.
2 Jadi pada hari ini saya mengambil kesempatan untuk bersembahyang Jumaat di masjid yang terletak tidak jauh dari sekolah […]
continue reading.....
Posted in October 23rd, 2009
1 Seseorang melalui komennya dalam blog ini bertanya kepada saya tentang perlembagaan dan kaitannya dengan perhubungan antara etnik.
2 Saya ingin menjelaskan di sini bahawa perlembagaan yang digubal turut memberi pertimbangan ke atas nilai-nilai dan tradisi yang menjadi pegangan utama kaum asal yang menduduki negara berkenaan.
3 Perlembagaan Malaysia umpamanya mengekalkan nilai-nilai yang sudah mendarah daging […]
continue reading.....
Posted in October 23rd, 2009
Saya berbesar hati mengapungkan di laman ini sebuah sajak berjudul “Rumah Ini” hasil nukilan sahabat saya semasa di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.
Rumah Ini
Karya Cikgu Muhammaddiyah
Rumah ini dibina
dengan keringat dan air mata
bertiangkan ilmu
berlantaikan hikmah
beratapkan nurani
berdindingkan falsafah
Rumah ini dibina
dengan cinta dan kasih sayang
menjunjung gunung cita-cita
memartabatkan anak bangsa
di persada antarabangsa
Rumah ini dibina
dengan korban harta berjuta
agar tiap […]
continue reading.....
Posted in October 22nd, 2009
1 Minggu ini dan minggu-minggu seterusnya adalah minggu yang cukup sibuk buat saya. Saya sudah memaklumkannya kepada isteri dan anak-anak saya tentang apa yang sedang berlaku dan akan berlaku.
2 Pagi tadi saya menyambung ceramah saya dalam bengkel penulisan. Pada hari Selasa yang lalu saya telah memberitahu pelajar-pelajar lepasan UPSR tentang 8 perkara paling asas tentang […]
continue reading.....
Posted in October 17th, 2009
1 Sayugia diingat bahawa UMNO tidak memusuhi sesiapa.Jadi tiada sebab mengapa UMNO harus mengiyhstihar perang dengan sesiapa pun.
2 Ajakan UMNO sebelum ini yang mengajak PAS untuk berunding dan seterusnya bersatu-padu atas nama pakatan Melayu-Islam membuktikan yang UMNO tidak memusuhi parti itu.
3 Malahan semangat setiakawan UMNO yang tetap utuh dalam BN dan seruan bertalu-talu agar setiap […]
continue reading.....