Blog has been removed
Sorry, the blog at suarasukj.blogspot.com has been removed. This address is not available for new blogs.
Did you expect to see your blog here? See: ‘I can’t find my blog on the Web, where is it?’
Dari Perspektif GuruBashid
Blog has been removed
Sorry, the blog at suarasukj.blogspot.com has been removed. This address is not available for new blogs.
Did you expect to see your blog here? See: ‘I can’t find my blog on the Web, where is it?’
” Mereka menunjuk wajah dan membusung dada apabila menderhaka kepada raja, tetapi wajah yang sama ditutup apabila mereka dibawa ke mahkamah. Sama ada mereka menutup wajah atau membukanya, Tuhan tetap nampak wajah sebenar mereka. Tuhan akan membuka aib mereka sedikit demi sedikit lantaran kegemaran mereka membuka aib orang lain ” GuruBashid
” Anda mengharapkan lima tahun, tetapi Tuhan hanya beri anda 10 bulan. Baru sebulan bayi itu dalam pelukan, tetapi Tuhan telah mengambilnya dari tangan anda. Mungkin bagi-Nya anda hanya layak mengandungkannya, dan melahirkannya tetapi bukan orang yang paling layak untuk menjaga dan membesarkannya. Sebab itu Dia cepat-cepat mengambilnya dari anda. Tetapi anda masih angkuh untuk […]
1. Tidak sampai sepuluh minit selepas DS Najib mengumumkan calon BN yang akan mewakili parti itu dalam PRK 059 Bukit Gantang serangan pertama telah pun dilakukan.
2. Serangan pertama hari ini dan diikuti beberapa siri serangan kemudiannya datang daripada pasukan B musuh yang menyamar.
3. Mereka menggunakan peluru berpandu jenis TK bersaiz lebih lebar yang […]
1. Tahniah kepada semua ahli dan pemimpin UMNO Bukit Gantang atas kejayaan membulatkan muafakat sehingga permintaan kita agar anak tempatan dipilih sebagai calon BN dalam PRK P059 telah ditunaikan oleh pucuk pimpinan.
2. Tahniah kepada Sdr Ismail Safian atas pemilihan sdr sebagai calon BN dalam PRK P059 pada 7 April akan datang.
3. Tahniah kepada barisan kepemimpinan […]
1. Saya tidak begitu pasti sejak bila bendera negeri saya diubah.
2. Bendera negeri saya yang asalnya mempunyai tiga warna, iaitu putih, kuning dan hitam kini mendapat satu tambahan warna lagi iaitu hijau.
3. Bendera negeri saya sebelum ini tidak ada apa-apa lambang atau gambar, kali ini diberi lambang qamar putih.
4. Saya begitu kecewa sekali kerana […]
Berpeganglah kepada peraturan tukang jahit, ukur biar beberapa kali, tetapi potong hanya sekali.
1. Dalam keadaan terdesak pakatan pembangkang tidak memilih lagi apa yang patut disokong dan apa yang tidak patut disokong. Mereka borong semuanya jika itu menguntungkan mereka. Mereka hanya memikirkan tuntutan yang dibuat ketika mereka marah, tetapi kesan selepas itu tidak pula menjadi pertimbangan mereka.
2. Mereka meraih populariti dengan mahukan dunia melihat ke arah mereka, […]
1. Pastikan ada fakta dan data dalam ceramah, bukan sangka dan rasa.
2. Yang kita ingin beritahu orang ramai ialah isi, bukan isu.
3. Tekankan mengapa sesuatu itu berlaku, bukan apa yang berlaku.
4. Bercakaplah dengan benar, bukan dengan samar.
5. Banyak guna telinga, bukan mulut yang sentiasa terngaga.
6. Memahami dahulu, bukan difahami.
7. Buat kajian lokasi, bukan bercakap ikut […]
” Dalam keadaan ada raja pun mereka boleh berbuat sesuka hati mereka. Bagaimanakah kalau ditakdirkan negeri Perak ini tidak ada raja.” GuruBashid
1. Saya ingat mereka akan bermesyuarat di dalam hutan sahaja. Tetapi mereka masih mahu memilih di bawah pokok. Tetapi di mana pun mereka bermesyuarat, sama ada di bawah pokok atau di atas pokok, mereka […]
![]()
KITA tidak benar-benar bebas seperti apa kita mahu. Kita diikat oleh agama dan kepercayaan; perlembagaan dan undang-undang; syariat dan adat; etiket dan budaya. Itulah namanya Tali Tuhan dan Tali Manusia. Sebab itu tidak salah pada setiap detik kita berusaha untuk mengikat orang-orang yang kita sayangi dengan tali keamanan, tali persahabatan dan tali kasih sayang. Justeru marilah kita mengikat sesama kita dengan benang kasih sayang. Dan jika ikatan sudah mula longgar, marilah kita mengikatnya dengan ikatan yang lebih segar. Dengan izin Tuhan, apabila kita mengikat diri kita dengan agama, kita tidak akan terlepas daripada pandangan-Nya dan jika kita mengikat dengan manusia, tak kan berpaling orang yang disayangi sama ada namanya ibu, bapa,isteri,suami, anak, saudara, jiran, bangsa dan warga dunia. Peperangan yang kerap berlaku mutakhir ini adalah kerana manusia sudah hilang ikatan itu bukan sahaja di hatinya, tapi di jasadnya. Kita tiada pilihan lain selain mengikat dan memperbaharui ikatan itu sama ada secara realiti mahupun simbolik.
GuruBashid®

Artikel yang disiarkan di dalam blog ini semuanya hasil idea penulis yang juga pemilik blog Panduan Guru-Guru Malaysia kecuali yang dinyatakan dengan jelas nama penulis asal dan sumbernya. Sebarang ulasan atau komen yang tersiar di laman ini tidak ada hubungan langsung atau tidak langsung dengan pendirian penulis. Sesiapa sahaja boleh memetik semula keseluruhan atau sebahagian daripada kandungan artikel di laman ini dan menyiarkannya semula dalam mana-mana media atau dokumen dengan syarat menyebut klausa hakcipta Abd Bashid Harun atau GuruBashid®. Memetik dan memaparkannya semula dalam mana-mana media atau dokumen tanpa menyebut nama Abd Bashid Harun atau GuruBashid® adalah menjadi suatu kesalahan.
"Pakej Panduan Asas Pendaftaran Akaun Paypal Terlengkap di Malaysia, Di Zaman I.T Ini, Setiap Orang Perlu Ada Satu Akaun Paypal."
"Sudah ramai yang memilikinya sebagai langkah pertama untuk berblog dan membina blog perniagaan anda sendiri...Anda bila lagi??? Klik sekarang ebook di bawah ini!!! Kini, Terhangat di Pasaran Internet Malaysia!!"
"GuruBashid bukannya port para pemimpi, tetapi di sinilah wadahnya semua pelaku bersatu untuk bersetuju menggerak agenda dan tindak. Di GuruBashid® kami mengongsi idea, bukan memaksa idealisme kepada sesiapa. Di sinilah kami membuka minda warga kerja pendidikan ke arah jendela dunia global tanpa sempadan dengan glokal sebagai garis batasan.Di sini kami mengejar bukan dikejar; berlari sambil melakukan lompatan saujana; belajar berguru sambil mengajar berbantu "
" Mengapakah GuruBashid® turut melibatkan diri dalam penulisan berbaur politik. Mengapa tidak diberi tumpuan kepada penulisan berbentuk pendidikan per se seperti yang dihuraikan dalam title Blog “Panduan Guru-Guru Malaysia”? Mungkin itu antara pertanyaan pembaca blog kepada GuruBashid®. GuruBashid® ingin membuat penjelasan di sini bahawa sebab dia gurulah dia patut berbuat begitu.GuruBashid® sedikit pun tidak berasa bersalah melakukannya, sebaliknya berasa bangga kerana dapat melontarkan idea politik beliau untuk dikongsi bersama sekalipun dalam persenan yang sangat kecil. Bagi GuruBashid® ini juga sebahagian daripada tanggungjawab guru kepada negara serta bangsanya yang tercinta.Guru patut menunjuk jalan dengan memberikan bimbingan dan panduan kepada sesiapa sahaja termasuk kepada bapak-bapak menteri dan wakil-wakil rakyat. Malahan ketika ahli politik Malaysia kusut memikirkan jalan yang ingin ditempoh setelah kemelut yang dihadapi,GuruBashid® bersedia menunjukkan jalan itu. GuruBashid® bukan sekadar menunjukkan jalannya, malahan turut menunjukkan lorong-lorong dan alur-alurnya sekali. GuruBashid® mungkin nampak sesuatu yang dilihatnya yang orang lain tidak nampak. Begitu juga orang lain mungkin dapat melihat sesuatu itu dengan jelas ketika GuruBashid® masih kabur tentangnya. Tegasnya pemikiran GuruBashid® plus pemikiran yang lain-lainnya akan membentuk suatu sinergi dan nilai tambah yang berguna untuk memperkukuh parti,kerajaan,agama,bangsa dan negara. Tetapi apabila GuruBashid® menulis tentulah dengan cara-caranya dalam ruang lingkup keterbatasan akal fikirnya.Perbezaan itu jika wujud boleh sahaja diterima dengan minda terbuka. Alasannya mudah. GuruBashid® tidak menulis untuk menjaga hati sesiapa. Yang penting bagi GuruBashid® agama, bangsa dan negara itu yang lebih afdhal untuk dijaga. Membiarkan ahli-ahli politik yang kebingungan tanpa dibantu adalah satu dosa bagi sang guru jika ia tahu solusi dan sarananya.Dalam memberikan pendapatnya dalam bidang politik GuruBashid® memilih pendirian di pertengahan bukannya ekstrim ke kanan atau ke kiri. Atau lebih tepat lagi GuruBashid® tidak memihak kepada mana-mana individu politik. Pendekatan seperti ini dikira lebih baik kerana sebagai seorang pendidik GuruBashid® seperti juga guru-guru yang lain sentiasa berpegang kepada etika perguruan bahawa semua murid mesti dilayan dengan adil dan diberi pengajaran yang serupa tanpa mengira siapa diri murid itu dan keluarganya. Idea politik yang cuba digarap oleh GuruBashid® sentiasa mengambil kira elemen pendidikan dan fikiran di dalam setiap tulisannya. GuruBashid® sedaya upaya mengajak setiap pembaca blog termasuk ahli-ahli politik agar turut berfikir sebagaimana beliau berfikir. Jika semata-mata sembang politik kosong tanpa mencampurkan input pemikiran dan pendidikan, lebih baiklah GuruBashid® tidak mencampuri urusan politik dari awal. Kendatipun begitu seperti yang lainnya juga amat sulit bagi GuruBashid® untuk membebaskan diri sepenuhnya daripada dijelekiti cara berfikir dan gaya urus seseorang yang pernah mendominasi dalam hidupnya. Orang itu boleh sahaja terdiri daripada pemimpin pujaannya, keluarganya, gurunya atau sesiapa sahaja yang begitu berpengaruh di sisinya. Bagi yang mengenali GuruBashid® dan rapat dengannya, mereka tentu tahu siapa individu yang dimaksudkan. Walau apapun bentuk dan sikap yang diambil oleh GuruBashid® dalam penulisannya, dia sentiasa berpegang kepada pendapat yang mengatakan bahawa ” kita boleh sahaja berbeza pandangan, tetapi jangan sampai disebabkan perbezaan itu kita berpecah "
| S | M | T | W | T | F | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Feb | Apr » | |||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | 31 | ||||