lagu konspirasi
didendang kembali
setelah sumpah memakan diri
dan alasan diberi
serba tak menjadi
a.basit harun
Menyajikan Pelbagai Pandangan Dan Tindakan Strategik Ke Arah Pembentukan Sekolah Bertaraf Dunia-Pegangan Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Kanan, Ketua Panitia, Guru-Guru dan Penuntut Perguruan.GuruBashid turut berkongsi idea konstruktif dalam politik dan isu-isu semasa
lagu konspirasi
didendang kembali
setelah sumpah memakan diri
dan alasan diberi
serba tak menjadi
a.basit harun
” Yang bakal muncul sebagai pemenang sebenar bukanlah mereka yang berterusan menangisi kekalahan atau meraikan kemenangan, tetapi mereka yang cepat-cepat belajar daripada kesilapan. Setelah apa yang menimpa UMNO dalam PRU ke-12 lalu, kita mengambil sikap redha, dan membuka diri kepada kritikan. Pada masa yang sama kita cepat-cepat membuat tindakan pembetulan.Kita segera belajar daripada kesilapan ini. […]
“Lebih dekat peralihan kuasa daripada Pak Lah kepada DS Najib lebih tidak senang duduk rupanya pembangkang ini. Inilah yang dapat saya perhatikan mutakhir ini. Mereka mencipta pelbagai kekalutan dan alasan sambil mengharapkan dengan kekalutan dan alasan itu sokongan kepada mereka semakin bertambah. Tetapi Tuhan tidak pernah mengizinkan itu berlaku. Kekalutan itu bukan tidak berlaku tetapi […]
” Kada’ karuan banar parangai sapika’ yang saikung ini. Handak baranai juakah kita salapas ini’. Kada’ manggalakakkah darah kita malihat kajadian ini? Kada’ bahantalukkah kita’? ” GuruBashid
1. Speaker yang sepatutnya berkuasa dalam dewan, kini menunjukkan kuasanya sehingga ke luar dewan. Dia mahu menjadi seperti raja setelah dia sendiri menolak raja.
2. Dia mahu menunjukkan kurang […]
Pemimpin bertanggungjawab: Masalah saya adalah masalah saya, masalah rakyat juga menjadi masalah saya
Pemimpin tak bertanggungjawab: Kesalahan saya adalah kesalahan kerajaan, kesalahan kerajaan menjadi masalah saya
Hakcipta Abd Bashid Harun
” Ramai bertanya kepada saya mengapa tidak tulis sahaja cerita tentang Eli. Saya beritahu mereka saya tidak ada di kamar Eli ketika kejadian itu. Jadi saya tidak akan menceritakan sesuatu yang saya sendiri tidak punya pengetahuan tentangnya. Tetapi hak milik Eli, Eli sendiri patut jaga. Jika bahagian sekecil itu sampai berloncatan keluar dari jendela kamar […]
” Apakah keistimewaannya Kampung Baru berbanding kampung tradisional Melayu, kampung-kampung tersusun, penduduk di taman-taman sehingga mereka diberi kedudukan setinggi itu?Bagaimanakah pula dengan bekas tentera dan bekas polis yang telah berjasa besar membela tanah air dengan jiwa dan raga mereka daripada belenggu penjajahan dan komunis yang pernah memerintah negara ini.Tidakkah golongan ini lebih patut menerima kedudukan […]
Saya suka mengingatkan calon BN yang akan dipilih nanti jaga niat anda sebab setiap amal dengan niat (objektif). Niat anda akan menentukan gerak kerja, tujuan dan hasil yang akan diperolehi. Jika niat anda untuk menjadi wakil rakyat, buat macam wakil rakyat yakni anda sebagai wakil bagi seluruh rakyat di kawasan Bukit Gantang. Anda bukan mewakili […]
To: gurubashid@yahoo.com
Cc: aloqstaq@yahoo.com, aloqstaq@gmail.com
Assalamualaikum Tuan Guru Bashid,
Salam Perkenalan kepada Tuan Guru Bashid dari AloQStaQ
Saya amat tertarik dengan laman web Tuan yang amat padat dengan penulisan yang berfaedah serta berguna untuk kami generasi pelapis dalam mengharungi zaman politik alaf baru kini. Pengalaman berharga yang Tuan kongsikan dalam blog Tuan ini amat menarik minat saya… […]
” UMNO Bukit Gantang di mana DS Najib adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Perak dan Datuk Dr Zambry selaku Menteri Besar Perak berada di landasan yang betul. UMNO Bukit Gantang telah menemui momentumnya. Semangat dan perpaduan semasa yang kami tunjukkan sekarang ini cukup luar biasa. Kepimpinan UMNO Bukit Gantang cukup mantap dan kami sedang menunjukkan komitmen […]
GuruBashid mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung blog ini yang bilangannya semakin bertambah.Sama ada anda datang sebagai pengkritik atau penyokong,saya tetap berbangga dengan anda kerana anda sebenarnya meminati tulisan-tulisan GuruBashid.Saya mengalu-alukan setiap komen tetapi bukan semua komen yang akan saya siarkan,terutama komen yang mengandungi soalan yang anda sendiri sudah ada jawapannya.Begitu juga komen atau soalan yang cenderung untuk mengajak saya berdebat.Saya bukanlah orang yang gemar berdebat meskipun saya pernah menjuarai debat di peringkat kebangsaan.Jika anda ingin berdebat,laman ini bukanlah wadahnya.Jika anda cenderung untuk memanjangkan saiz cerita anda dinasihati membina laman sendiri.Untuk anda yang begini saya cadangkan blogspot.
GuruBashid
_________________________________
I HAVE always dreamt of a world of peace without any war where the communities of the world live in harmony and help another. Religion, language and skin complexion would no longer be a stumbling block in achieving peace. On the contrary, these factors could be used to appreciate the differences and use it to enrich our world. Come and let us white our souls by starting the wristlet. If we had been using wrist watches or bangles, surely it would be unnecessary to use a tiewrist. However we could foster a stronger and more meaningful relationship with our family members, neighbors, the local community members, members of an organization, school, state, country and even the world by tying a common wristlet as a symbol of love, togetherness, cooperation and global unity. This tying of the tiewrist does not exist among the commoners but also could eventually include the world leaders. I dream of a world one day where leaders of the world in formal functions such as meetings at the United Nations or NAM sharing a common wristlet as a sign of togetherness and cooperation. Let us tie the soul of every human being before we disintegrate even further. We want every human being to appreciate peace, unity and security. Let the slogan “Tie It To Your Heart” be a guidance to us all in this world. Surely this will take time but we at TaliTie are determine to begin it. Its they say “A Journey To A Thousand Mile Begins With The First Step”.
GuruBashid
![]()
KITA tidak benar-benar bebas seperti apa kita mahu. Kita diikat oleh agama dan kepercayaan; perlembagaan dan undang-undang; syariat dan adat; etiket dan budaya. Itulah namanya Tali Tuhan dan Tali Manusia. Sebab itu tidak salah pada setiap detik kita berusaha untuk mengikat orang-orang yang kita sayangi dengan tali keamanan, tali persahabatan dan tali kasih sayang. Justeru marilah kita mengikat sesama kita dengan benang kasih sayang. Dan jika ikatan sudah mula longgar, marilah kita mengikatnya dengan ikatan yang lebih segar. Dengan izin Tuhan, apabila kita mengikat diri kita dengan agama, kita tidak akan terlepas daripada pandangan-Nya dan jika kita mengikat dengan manusia, tak kan berpaling orang yang disayangi sama ada namanya ibu, bapa,isteri,suami, anak, saudara, jiran, bangsa dan warga dunia. Peperangan yang kerap berlaku mutakhir ini adalah kerana manusia sudah hilang ikatan itu bukan sahaja di hatinya, tapi di jasadnya. Kita tiada pilihan lain selain mengikat dan memperbaharui ikatan itu sama ada secara realiti mahupun simbolik.
GuruBashid
Artikel yang disiarkan di dalam blog ini semuanya hasil idea penulis yang juga pemilik blog Panduan Guru-Guru Malaysia kecuali yang dinyatakan dengan jelas nama penulis asal dan sumbernya. Sebarang ulasan atau komen yang tersiar di laman ini tidak ada hubungan langsung atau tidak langsung dengan pendirian penulis. Sesiapa sahaja boleh memetik semula keseluruhan atau sebahagian daripada kandungan artikel di laman ini dan menyiarkannya semula dalam mana-mana media atau dokumen dengan syarat menyebut klausa hakcipta Abd Bashid Harun atau GuruBashid. Memetik dan memaparkannya semula dalam mana-mana media atau dokumen tanpa menyebut nama Abd Bashid Harun atau GuruBashid adalah menjadi suatu kesalahan.
"Bagaimanakah kita mahu menjana pendapatan dari internet secara "PASIF"?? "Jika anda ingin menjadi jutawan, Anda perlu melahirkan jutawan di bawah Networking Anda" Saya sudah melakukannya, Kesibukkan masa dengan kerja harian tidaklah menjadi penghalang kepada kejayaan saya. Jangan tunggu lagi, mulakan ia hari ini juga Klik banner dibawah"
"Sudah ramai yang memilikinya sebagai langkah pertama untuk berblog dan membina blog perniagaan anda sendiri...Anda bila lagi??? Klik sekarang ebook di bawah ini!!! Kini, Terhangat di Pasaran Internet Malaysia!!"
"GuruBashid bukannya port para pemimpi, tetapi di sinilah wadahnya semua pelaku bersatu untuk bersetuju menggerak agenda dan tindak. Di GuruBashid kami mengongsi idea, bukan memaksa idealisme kepada sesiapa. Di sinilah kami membuka minda warga kerja pendidikan ke arah jendela dunia global tanpa sempadan dengan glokal sebagai garis batasan.Di sini kami mengejar bukan dikejar; berlari sambil melakukan lompatan saujana; belajar berguru sambil mengajar berbantu "
" Mengapakah GuruBashid turut melibatkan diri dalam penulisan berbaur politik. Mengapa tidak diberi tumpuan kepada penulisan berbentuk pendidikan per se seperti yang dihuraikan dalam title Blog “Panduan Guru-Guru Malaysia”? Mungkin itu antara pertanyaan pembaca blog kepada GuruBashid. GuruBashid ingin membuat penjelasan di sini bahawa sebab dia gurulah dia patut berbuat begitu.GuruBashid sedikit pun tidak berasa bersalah melakukannya, sebaliknya berasa bangga kerana dapat melontarkan idea politik beliau untuk dikongsi bersama sekalipun dalam persenan yang sangat kecil. Bagi GuruBashid ini juga sebahagian daripada tanggungjawab guru kepada negara serta bangsanya yang tercinta.Guru patut menunjuk jalan dengan memberikan bimbingan dan panduan kepada sesiapa sahaja termasuk kepada bapak-bapak menteri dan wakil-wakil rakyat. Malahan ketika ahli politik Malaysia kusut memikirkan jalan yang ingin ditempoh setelah kemelut yang dihadapi,GuruBashid bersedia menunjukkan jalan itu. GuruBashid bukan sekadar menunjukkan jalannya, malahan turut menunjukkan lorong-lorong dan alur-alurnya sekali. GuruBashid mungkin nampak sesuatu yang dilihatnya yang orang lain tidak nampak. Begitu juga orang lain mungkin dapat melihat sesuatu itu dengan jelas ketika GuruBashid masih kabur tentangnya. Tegasnya pemikiran GuruBashid plus pemikiran yang lain-lainnya akan membentuk suatu sinergi dan nilai tambah yang berguna untuk memperkukuh parti,kerajaan,agama,bangsa dan negara. Tetapi apabila GuruBashid menulis tentulah dengan cara-caranya dalam ruang lingkup keterbatasan akal fikirnya.Perbezaan itu jika wujud boleh sahaja diterima dengan minda terbuka. Alasannya mudah. GuruBashid tidak menulis untuk menjaga hati sesiapa. Yang penting bagi GuruBashid agama, bangsa dan negara itu yang lebih afdhal untuk dijaga. Membiarkan ahli-ahli politik yang kebingungan tanpa dibantu adalah satu dosa bagi sang guru jika ia tahu solusi dan sarananya.Dalam memberikan pendapatnya dalam bidang politik GuruBashid memilih pendirian di pertengahan bukannya ekstrim ke kanan atau ke kiri. Atau lebih tepat lagi ia tidak memihak kepada mana-mana individu politik. Pendekatan seperti ini dikira lebih baik kerana sebagai seorang pendidik GuruBashid seperti juga guru-guru yang lain sentiasa berpegang kepada etika perguruan bahawa semua pelajar mesti dilayan dengan adil dan diberi pengajaran yang serupa tanpa mengira siapa diri pelajar itu dan keluarganya. Idea politik yang cuba digarap oleh GuruBashid sentiasa mengambil kira elemen pendidikan dan fikiran di dalam setiap tulisannya. GuruBashid sedaya upaya mengajak setiap pembaca blog termasuk ahli-ahli politik agar turut berfikir seperti dia berfikir. Jika semata-mata sembang politik kosong tanpa mencampurkan input pemikiran dan pendidikan, lebih baiklah GuruBashid tidak mencampuri urusan politik dari awal. Kendatipun begitu seperti yang lainnya juga amat sulit bagi GuruBashid untuk membebaskan diri sepenuhnya daripada dijelekiti cara berfikir dan gaya urus seseorang yang pernah mendominasi dalam hidupnya. Orang itu boleh sahaja terdiri daripada pemimpin pujaannya, keluarganya, gurunya atau sesiapa sahaja yang begitu berpengaruh di sisinya. Bagi yang mengenali GuruBashid mereka tentu tahu siapa individu yang dimaksudkan. Walau apapun bentuk dan sikap yang diambil oleh GuruBashid dalam penulisannya, dia sentiasa berpegang kepada pendapat yang mengatakan bahawa ” kita boleh sahaja berbeza pandangan, tetapi jangan sampai disebabkan perbezaan itu kita berpecah "
"A student is the most important client on our school.He/She is not dependent on us. We are dependent on Him/Her. He/She is not an interruption to our work. He/She is the purposes of it. He/She is not an outsider to our services. He/She is a part of it. We are not doing him/her a favour by serving him/her. He/She doing us a favour by giving us an opportunity to do so"
| S | M | T | W | T | F | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jan | Mar » | |||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |