Archive for January, 2009
Posted in January 27th, 2009
” Sesungguhnya sekarang saatnya yang kukhuatiri benar-benar berlaku di mana orang ramai akan sibuk menjaga urusan para pemimpin dan ketua-ketua mereka daripada menjaga urusan diri dan keluarga/ahli mereka sendiri. Guru-guru menjaga urusan pengetua/guru besarnya, pekerja menjaga urusan majikannya, anak-anak menjaga urusan ibu bapanya, ibu bapa pula menjaga urusan guru-guru, ahli-ahli qariah menjaga urusan imamnya, ahli-ahli […]
continue reading.....
Posted in January 26th, 2009
Assalamu’alaikum Tun,
1. Terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan kerana tidak jemu-jemu memberi peringatan, amaran dan jalan. Terima kasih juga kerana telah merungkai kekusutan di sebalik isu PRK Kuala Terengganu yang pernah saya bangkitkan.
2. Jawapan yang diberikan serta alasan yang dikemukakan begitu konsisten seperti dahulu juga. Inilah antara sikap tuan yang menyebabkan penghormatan saya […]
continue reading.....
Posted in January 26th, 2009
” Parti tidak rugi apa-apa dengan langkah pembersihan ini. Malah parti akan dicuci dan disental daripada kekotoran ini dan kesannya parti akan semakin kuat dan dihormati. Jika kita terpaksa bangkit pula selepas 50 tahun daripada usaha pembersihan ini, redakanlah. Jika kita berupaya bangkit dalam masa terdekat hasil usaha murni kita ini, bersyukurlah,” GuruBashid
1. Al-Hamdulillah, apa […]
continue reading.....
Posted in January 25th, 2009
” Mereka menyatakan rasuah sangat berleluasa pada zaman Pak Lah. Mereka mendakwa bahawa mereka menolak kepimpinan Pak Lah disebabkan rasuah yang berlaku itu. Tetapi kini Pak Lah benar-benar memerangi rasuah. Adakah mereka yang sama akan tetap menolak Pak Lah. Jika itulah yang masih berlaku, ternyata rasuah hanyalah alasan, tetapi yang sebenarnya mereka memang membenci Pak […]
continue reading.....
Posted in January 24th, 2009
SEBAHAGIAN kita sekadar melihat, tetapi pemimpin seperti ini nampak.Alangkah bertuahnya seseorang yang dikurniakan kelebihan sedemikian iaitu nampak apa yang dilihat.
Tetapi Tuhan telah takdirkan hanya orang tertentu yang nampak apa yang ia lihat.Orang itu namanya rasul dan auliya’ serta beberapa individu yang menjadi pilihan. Orang seperti inilah nanti yang diangkat Tuhan sebagai pemimpin.
Ketika kita melihat […]
continue reading.....
Posted in January 24th, 2009
1. Artikel ini ditulis rentetan daripada artikel saya sebelum ini iaitu bagaimana yang kalah menerima kekalahan dan yang menang melayan yang kalah yang dipos pada 4 Disember 2008.
2. Kalau artikel dahulu lebih tertumpu kepada pemilihan dalam UMNO, artikel kali ini berfokus kepada Pilihan Raya.
3. Apabila ada negeri/kawasan yang dimenangi BN dan ada negeri/kawasan yang BN […]
continue reading.....
Posted in January 22nd, 2009
setelah ghairah
mengejar kemenangan
lalu kita lelah
di tengah perjalanan
maka berciciran
piala di tangan
kemenangan itu
bukan selalu kebaikan
kekalahan juga
bukan selalu keburukan
tetapi buah tangan
tanda penyayangnya tuhan
di sebalik kekalahan
terhimpun pengajaran
umpama hidangan
bersama manisan
paling nyaman
dari Tuhan
akibah megah
ditimpa kemenangan
kini tuhan menghadiah
sebuah kekalahan
tetapi siapakah antara kita
merasa nikmat mengunyah kekalahan
setelah lahap meratah kemenangan
Nukilan Abd Bashid Harun
continue reading.....
Posted in January 22nd, 2009
” Ketika UMNO kuat, sebahagian kita hanya nampak diri sendiri dan memandang sepi orang lain. Sebaliknya ketika UMNO menerima kekalahan, kita lebih nampak orang lain daripada diri sendiri. Kita seolah-olah mahukan orang lain yang berubah, bukan diri kita sendiri. Berapa ramai pemimpin dan ahli UMNO yang mahu mengambil peluang daripada kekalahan ini dengan berazam mengubah […]
continue reading.....
Posted in January 18th, 2009
Assalamu’alaikum saudara Alias, semoga Allah merahmati anda dan keluarga anda.
Untuk pengetahuan saudara Alias, meskipun saya sudah lama menjadi ahli UMNO, saya hanya memilih untuk aktif membantu UMNO ketika UMNO mengalami kekalahan di beberapa buah negeri dan berada dalam situasi tidak menentu seperti sekarang ini.
Ada orang yang begitu menonjol ketika UMNO tengah kuat; ada juga individu […]
continue reading.....
Posted in January 17th, 2009
” Namun kita telah diberi masa lebih daripada sekadar mencukupi, iaitu selama 52 tahun untuk berkempen.Dalam tempoh itu juga kita punya banyak peluang dan ruang untuk menjayakan sesuatu. Apalah sangat usaha beberapa hari ini berbanding dengan peluang dan ruang yang diberi selama 52 tahun kita berkuasa. Apalah yang kedua-dua tangan kita berupaya lakukan, jika Tangan […]
continue reading.....