Archive for December, 2008
Posted in December 29th, 2008
asalnya pindah
muhammad rasulullah
dari tanah rekah
ke tanah basah
dari mekah mukarramah
ke madinah munawwarah
jua pindah kaedah
dari tegah dengan marah
kepada cegah dengan hikmah
dari suruh dengan lidah
kepada suluh dengan fatanah
yang dituju lebih indah
berbekal al-maidah
bukan berpindah randah
punca jiwa keluh kesah
dan nafsu berbaur ammarah
jika hikmah disanggah
puncaknya darah
yang tumpah
ke tanah lillah
Karya Abd Bashid Harun
continue reading.....
Posted in December 25th, 2008
Al-Hamdulillah sehingga semalam jumlah hits laman Panduan Guru-Guru Malaysia mencecah 2,126,767 sejak lawatan pertama dilakukan pada 2 Julai 2007. Dalam tempoh tersebut (2 Julai 2007-24 Disember 2008) sebanyak 139, 836 kunjungan (visits) dicatatkan dengan 70, 691 daripadanya ialah pelawat unik (unique visitors).Analisis ini dibuat berdasarkan sumber yang tercatat dalam Web/FTP Stats dalam cPanel
Semoga Laman GuruBashid […]
continue reading.....
Posted in December 24th, 2008
Penting sangatkah kertas kerja? Kalau tak ada kertas kerja tak boleh buat program ke? Kalau ada kertas kerja je, tetapi orangnya tak buat kerja, tak ada makna jugak.
Itulah antara persoalan atau rungutan yang sering didengar apabila seseorang diminta menghasilkan kertas kerja sebelum melaksanakan sesuatu program atau aktiviti.
Bagi saya kertas kerja itu satu kemestian. […]
continue reading.....
Posted in December 24th, 2008
KERTAS CADANGAN
PEMILIKAN RUMAH UMNO
SEBAGAI PUSAT KEGIATAN SEHENTI
UMNO CAWANGAN PENGKALAN AUR
(BAHAGIAN BUKIT GANTANG)
Disediakan oleh Abd Bashid Harun
1 Pendahuluan
1.1 Memandangkan UMNO Cawangan Pengkalan Aur yang mempunyai keahlian
di sekitar 350 orang masih belum memiliki bilik gerakan sendiri untuk melaksanakan
semua aktiviti secara berpusat dan setempat, maka adalah wajar UMNO Cawangan
Pengkalan Aur yang terletak dalam Bahagian Bukit Gantang memiliki sebuah Rumah
UMNO.
1.2 Rumah […]
continue reading.....
Posted in December 23rd, 2008
” Anda bukanlah calon kegemaran saya, namun apa yang berlaku di Kelantan malam itu tidak akan menutup mata saya. Dengan satu pukulan padu berkaitan hudud, Husam dan PAS tidak akan melupakan anda pada malam itu. Dalam perbincangan tersebut anda telah menemui switch sebenar dan lebih hebat anda benar-benar tahu bila mahu memanfaatkannya. Sebelum itu penyokong […]
continue reading.....
Posted in December 23rd, 2008
Assalamu’alaikum wr wbt dan salam sejahtera,
Kepada semua blogger UMNO dan pencinta UMNO,
Saya tidak tahu kepada siapa yang harus saya nyatakan perkara ini bagi berkongsi rasa resah saya tentang sikap blogger jenis ini yang mengakui sayangkan UMNO atau ahli UMNO tetapi menggunakan gaya penulisan yang pada saya kurang bijaksana, kurang strategik dan kurang taktikal.
Apatah […]
continue reading.....
Posted in December 23rd, 2008
Mahfuz berkata, keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan aktivis dan pengayuh jerit selama 16 hari berkayuh dengan pelbagai dugaan menimpa mereka hingga 18 Disember lalu tiba di Parlimen, membuktikan mereka wira rakyat, kata Mahfuz.
Wah mudahnya menjadi wira rakyat. Hanya setelah berkayuh selama 16 hari sambil menjerit ke arah kerajaan sudah diiktiraf wira rakyat. Tun Dr Mahathir […]
continue reading.....
Posted in December 22nd, 2008
” Tanpa melihat kepada kelemahan pembangkang, tiga faktor berikut sudah dikira mampu memihak kepada BN untuk memenangi Pilihan Raya Kecil di Kuala Terengganu.Pertama faktor Najib (N). kedua faktor Calon (C) dan ketiga faktor Razali (R), “ GuruBashid
Berdasarkan pernyataan di atas, sejauh manakah anda bersetuju bahawa faktor N.C.R di atas boleh menjadi faktor dominan/penting untuk memberi […]
continue reading.....
Posted in December 21st, 2008
” Yang tua sudah kehabisan suara kerana terlalu lama menjerit. Kini mereka menggunakan kanak-kanak pula untuk menjerit bagi pihak mereka. Mereka telah mengajar anak-anak mereka, jika mahukan sesuatu, menjeritlah. Kalau dengan berbasikal jeritan akan didengar semakin kuat, gunakan basikal. Apa pun caranya, yang penting menjerit.” GuruBashid
continue reading.....
Posted in December 21st, 2008
” Selepas 50 tahun negara kita merdeka, masih ada yang mahu menjerit ke arah kerajaan untuk memaksa kerajaan menerima tuntutan-tuntuan mereka. Mereka mengira kerajaan akan mendengar tuntutan mereka melalui jeritan itu. Tak cukup jeritan yang tua, jeritan kanak-kanak juga digunakan. Sungguh aneh mereka ini. Masakan tidak, mereka mahu kerajaan mendengar permintaan mereka, tetapi pada masa […]
continue reading.....