Archive for April, 2008
Posted in April 20th, 2008
Di mulut seorang pendebat cerita seinci akan menjadi sekaki seperti peribahasa air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan. Di mulut seorang pendebat cerita yang sepatutnya dikatup akan dibuka semula. Begitulah sebaliknya. Keadaan yang sudah betul akan menjadi kelam-kabut hanya kerana bicara seorang pendebat.
Kerajaan Malaysia dari dahulu lagi tidak pernah memilih perdebatan jauh sekali kekerasan […]
continue reading.....
Posted in April 19th, 2008
Perdebatan hanyalah cara yang dituntut oleh orang yang ada kelebihan bercakap, tetapi tidak ada kelebihan-kelebihan lain. Hakikatnya, perdebatan tidak akan mengubah apa-apa.
Perdebatan tidak akan menyebabkan tanah yang tergadai terbang menemui tuannya semula. Perdebatan tidak akan menyebabkan tanah yang ditumbuhi lalang tiba-tiba tertanam dengan sendirinya.
Perdebatan tidak akan menjadikan orang yang malas bekerja […]
continue reading.....
Posted in April 19th, 2008
Tiada sebab mengapa pelajar Melayu tidak boleh bersaing dengan pelajar-pelajar lain. Telah terbukti apabila mereka diberi peluang dan sokongan, mereka jauh lebih berjaya.
Seperti juga bangsa lain, bangsa Melayu juga dikurniakan pancaindera yang serupa. Masing-masing mendapat dua tangan, dua kaki, dua telinga, dua mata dan dua lubang hidung. Tiada yang mendapat lebih atau kurang daripada […]
continue reading.....
Posted in April 19th, 2008
Muhammad Muhd Taib Says:
April 19th, 2008 at 7:44 pm
A’kum Cikgu Bashid.
Doa dan harapan saya cikgu sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Terima kasih atas pandangan dan saranan cikgu. Saya tidak boleh keseorangan dalam semua perkara, saya perlukan orang seperti cikgu dan rakan-rakan yang lain. Rakan dan sahabat yang mampu meletakan kepentingan agama, bangsa […]
continue reading.....
Posted in April 19th, 2008
Jika anda seorang yang bertanggungjawab anda tidak patut menyembunyikan identiti sebenar anda melalui blog-blog yang anda hasilkan dengan mudah dan percuma itu. Jika anda benar, anda mesti berani tampil dengan wajah sebenar anda. Jika anda bertanggungjawab, anda harus menulis dengan nama anda sendiri, bukannya menyamar.
Menyamar menandakan ada sesuatu yang anda ingin sembunyikan. Ada […]
continue reading.....
Posted in April 19th, 2008
Subject: Maklum Balas
Date: Thu, 17 Apr 2008 11:29:06 +0800
From: “ADUN Pantai Manis Papar” Add Mobile Alert
To: gurubashid@yahoo.com
Saudara Abd Bashid Harun
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Terima kasih saya ucapkan di atas keikhlasan dan kesudian saudara melayari laman web saya ini. Memang menjadi harapan saya agar laman web ini akan menjadi wadah kepada rakyat […]
continue reading.....
Posted in April 18th, 2008
Ada orang yang begitu teruja dengan apa sahaja yang ada di luar sehingga ingin membawa semuanya ke sini.
Mereka jenis ini lebih terliur untuk memuja USA. Demokrasi ala-Malaysia mungkin tidak disenangi oleh individu seperti ini yang lebih memuji Barat yang mengamalkan demokrasi liberal yang lebih mementingkan kebebasan individu.
Kita tidak patut percaya kepada kebebasan individu […]
continue reading.....
Posted in April 18th, 2008
APA yang saya cuba ketengahkan di sini hanyalah merupakan pandangan peribadi saya terhadap tugas polis dan fungsi kepolisan di negara ini yang tak dapat tidak sedikit sebanyak terdedah kepada pertikaian awam.
Kandungan tulisan ini janganlah disensasikan sehingga disalah tanggap menghina pihak polis atau mempertikaikan jasa dan peranan yang telah mereka mainkan untuk menjaga ketenteraman awam. […]
continue reading.....
Posted in April 17th, 2008
Penyakit sebahagian kita umat Islam di negara ini ialah mereka tidak sabar menerima hasil daripada apa yang mereka dakwa sebagai usaha-usaha mereka. Mereka seolah-olah ingin melihat usaha mereka yang kecil itu memberi implikasi positif dan dapat mengubah manusia, dan kerajaan juga.
Sebahagiannya pula memaksakan do’a mereka untuk diterima Tuhan. Masalahnya, harapan itu diletakkan setelah mereka […]
continue reading.....
Posted in April 17th, 2008
Barat terutama Amerika Syarikat berpura-pura baik dengan kita. Mulut-mulut mereka memuji-muji kita. Tetapi hati dan senjata mereka menghala ke arah kita. Inilah yang mereka lakukan ke atas Palestin, Iraq dan dunia Islam yang lain. Sebab itu Malaysia dari dahulu lagi memang berhat-hati dan berpada-pada dalam hubungannya dengan Amerika Syarikat.
[…]
continue reading.....