Archive for February, 2008
Posted in February 28th, 2008
Ramai yang bertanya kepada saya parti mana yang menjadi pilihan dalam pilihan raya umum kali ini. Sebelum saya menjawab, saya ingin beritahu bahawa soalan seperti itu tidak baik ditanyakan kepada seseorang kerana soalan sebegini sedikit sebanyak akan mengganggu ruang peribadi seseorang.Saya lebih suka kalau orang itu bertanya khabar saya atau apa perancangan selepas ini? Tetapi […]
continue reading.....
Posted in February 24th, 2008
Berada di Kebun Guru selama 3 jam sungguh mengasyikkan dan menyeronokkan, terutama bagi dua anak saya, izzah dan iqah yang benar-benar teruja memetik sendiri buah avocado dan buah markisa. Itu pertama kali mereka memetik sendiri buah avocado dan markisa, serta melihatnya dari dekat. Pokok markisa yang tumbuh menjalar ditanam sepanjang pagar yang memisahkan jalan dengan kebun. Kami terpaksa menyelak daun-daunnya […]
continue reading.....
Posted in February 23rd, 2008
Pagi tadi sekolah saya telah berjaya melangsungkan temasya sukan tahunannya bagi kali yang ke-24.Mengapa sukan diberi penekanan oleh negara dan sekolah?Kemungkinan anda tidak berminat dengan sukan sebelum ini, tetapi apabila anda mengetahui bahawa yang sedang bertanding di perlawanan akhir itu melibatkan peserta dari Malaysia, seluruh perasaan anda tiba-tiba sahaja jadi berubah. Seluruh perasaan anda dikirimkan […]
continue reading.....
Posted in February 23rd, 2008
Kita mesti bersedia dengan hati yang ikhlas untuk menjadi guru kepada semua pelajar,dan untuk semua kelas, bukan untuk sebahagian pelajar dan sebahagian kelas. Adakah kita dari jenis yang suka memilih-milih pelajar kita, dan kemudiannya meletakkan label tertentu ke atas mereka? Ini pelajar yang aku suka dan ini pula yang aku tidak suka. Ini pelajar yang dengar cakap dan ini […]
continue reading.....
Posted in February 22nd, 2008
Pengawal keselamatan di sekolah memberitahu saya dia kerap bertembung dengan hantu semasa membuat rondaan. Asalkan dia tidak mengganggu anda biarkan sahaja, nasihat saya kepadanya. Cerita tentang hantu ini tidak pernah tamat sejak zaman dahulu hinggalah sekarang. Orang Melayu khususnya yang tinggal di luar bandar masih percaya kepada hantu.Walaupun majoritinya tidak pernah melihat hantu, mereka masih […]
continue reading.....
Posted in February 22nd, 2008
Adalah penting untuk kita ingat bahawa buli, konflik verbal, sentuhan fizikal dan yang berhubung dengan tindakan agresif masih menjadi bentuk yang dianggap biasa dalam masyarakat. Trump menegaskan bahawa bentuk-bentuk keganasan sekolah ini merupakan petanda awal kepada bentuk keganasan yang lebih besar dalam masyarakat. Sebab itu mengendalikan masalah kecil di sekolah adalah penting untuk kita mengelakkan […]
continue reading.....
Posted in February 21st, 2008
Rupa-rupanya kita tidak boleh dimanjakan sangat takut-takut kemanjaan itu akan melupakan kita kepada asal-usul dan jati diri kita. Pemujaan majoriti orang Melayu kepada orang putih(panggilan untuk penjajah British) yang konon-kononnya tidak menimbulkan masalah kepada kita menyebabkan kebanyakan orang Melayu berterima kasih kepada orang putih. Orang putih menyediakan segala kemudahan seperti klinik, hospital, sekolah, pejabat pos, […]
continue reading.....
Posted in February 21st, 2008
Nampaknya produk GuruBashid semakin bertambah. Rakan saya,Tuan Haji Mohamad Isa bin Haji K.Hamzah yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Mat telah datang bertemu saya semalam memberitahu yang buah avocado di Kebun Guru, kebun hasil usahasama dengan GuruBashid yang terletak di Kampung Berala,Kati, Kuala Kangsar, Perak telah mula masak dan berjatuhan. Di Kebun Guru terdapat kira-kira 20 batang pokok Avocado […]
continue reading.....
Posted in February 21st, 2008
Murid-murid memanggil anda cikgu.Tetapi dalam menyampaikan dan memahamkan sesuatu subjek kepada murid-murid, anda adalah gurunya.Ya anda bukan sekadar guru dari segi profesion,tetapi anda adalah guru kepada subjek yang diajar.Sebagai guru anda mesti bersedia untuk dirujuk oleh murid-murid anda. Anda adalah sumber rujukan yang hidup dan bergerak. Sebagai sumber rujukan, guru patut mempunyai pengetahuan yang melebihi […]
continue reading.....
Posted in February 20th, 2008
Pada18 Februari, sekolah saya menerima seorang guru yang bertukar dari Ipoh, Puan Sharifah. Saya sudah pun mengucapkan Selamat Datang kepada beliau di sekolah, kini saya ingin ucapkan sekali lagi di blog saya. Yang lebih menarik beliau juga mempunyai blog sendiri, Secangkir Kopi. Semalam pula saya dijemput oleh saudara ova kibar pemilik blog sekolah politik untuk melihat posting terbarunya(dipost […]
continue reading.....