Menyajikan Pelbagai Pandangan Dan Tindakan Strategik Ke Arah Pembentukan Sekolah Bertaraf Dunia-Pegangan Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Kanan, Ketua Panitia, Guru-Guru dan Penuntut Perguruan.GuruBashid turut berkongsi idea konstruktif dalam politik dan isu-isu semasa
HARI RAYA kali ini cukup meriah. Semua adik beradik dari seluruh negeri datang berhari raya di rumah. Yang paling jauh, dari Johor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Parit Perak dan yang paling dekat, Bagan Serai. Anak-anak saudara pun semakin bertambah. Yang dulu kecil sekarang dah besar. Kebetulan mereka datang ke rumah pada hari raya pertama-rumah […]
SEKARANG saya berada di Cameron Highlands menghadiri taklimat RO untuk Peperiksaan MUET (Speaking). Saya ditemani tiga anak saya. Isteri menawarkan diri untuk tidak ikut serta kerana sibuk membuat persiapan menjelang hari raya. Tapi sebagai bekalan saya sudah membelikannya beberapa jenis teh dari blue valley tea hinggalah kepada teh lemon, strawberry dan anggur, selain beberapa jenis […]
SAUDARA Taqeyyabella bertanya kepada saya tentang pengalaman berhadapan dengan ibu bapa yang membela anak-anak mereka walaupun anak mereka jelas bersalah. Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak-anak. Saya guru, tetapi saya juga punya tiga anak yang masih bersekolah. Kebanyakan ibu bapa dapat menerima hakikat bahawa anak mereka dihukum kerana bersalah. Kumpulan ini memberi kepercayaan sepenuhnya […]
APABILA seseorang pelajar yang melakukan salah laku dan perlanggaran disiplin sekolah dihadapkan kepada saya, selepas jelas kesalahan mereka saya selalunya akan memberi mereka pilihan sama ada dirotan, dilaporkan saja kepada polis atau dipanggil ibu bapa. Dalam banyak kes, saya sekadar menyebut pilihan kedua dan ketiga itu, tetapi saya tidak bermaksud berbuat begitu. Taktik memanggil ibu […]
SAYA tidak begitu pasti berapa kali Indonesia menangis. Yang jelas satu persatu petaka menimpa negara tetangga itu. Gempa bumi, letusan gunung berapi, tsunami, banjir dsbnya. Dalam keghairahan kita sibuk membuat persiapan ‘idilfitri, jangan lupa nasib tetangga kita yang ditimpa malang itu. Di suatu segi mereka kurang bernasib baik berbanding kita di Malaysia. Tetapi dari sudut […]
KEPUTUSAN Pilihanraya Kampus di 9 buah universiti telah pun diketahui. Nampaknya calon proaspirasi menang besar di kesembilan-sembilan universiti itu. Keputusan di Universiti Malaya terpaksa ditangguhkan kerana masalah di Kolej ke-12. Zaman saya dahulu tiada calon proaspirasi dan promahasiswa. Yang ada adalah individu yang bertanding atas kekuatan peribadi. Kalau ada kumpulan pun, itu hanyalah himpunan beberapa […]
Dengan mengisi e-mel anda di sini, kami akan menghantar terus setiap update dan informasi berguna kpd anda:
Subscribe to Panduan Guru-Guru Malaysia by Email
KITA tidak benar-benar bebas seperti apa kita mahu. Kita diikat oleh agama dan kepercayaan; perlembagaan dan undang-undang; syariat dan adat; etiket dan budaya. Itulah namanya Tali Tuhan dan Tali Manusia. Sebab itu tidak salah pada setiap detik kita berusaha untuk mengikat orang-orang yang kita sayangi dengan tali keamanan, tali persahabatan dan tali kasih sayang. Justeru marilah kita mengikat sesama kita dengan benang kasih sayang. Dan jika ikatan sudah mula longgar, marilah kita mengikatnya dengan ikatan yang lebih segar. Dengan izin Tuhan, apabila kita mengikat diri kita dengan agama, kita tidak akan terlepas daripada pandangan-Nya dan jika kita mengikat dengan manusia, tak kan berpaling orang yang disayangi sama ada namanya ibu, bapa,isteri,suami, anak, saudara, jiran, bangsa dan warga dunia. Peperangan yang kerap berlaku mutakhir ini adalah kerana manusia sudah hilang ikatan itu bukan sahaja di hatinya, tapi di jasadnya. Kita tiada pilihan lain selain mengikat dan memperbaharui ikatan itu sama ada secara realiti mahupun simbolik.
GuruBashid
"ClickBank Merupakan Lubuk Emas Bagi Sesiapa Yang Berminat Dalam Program Affiliate, Dapatkan Panduan ClickBank Dari Laman Gurubashid.Com: Ingat!! Hanya Dari Link di Bawah Ini!! Bonus Percuma Menanti Anda"

"Sudah ramai yang memilikinya sebagai langkah pertama untuk berblog dan membina blog perniagaan anda sendiri...Anda bila lagi??? Klik sekarang ebook di bawah ini!!! Kini, Terhangat di Pasaran Internet Malaysia!!"
"GuruBashid bukannya port para pemimpi, tetapi di sinilah wadahnya semua pelaku bersatu untuk bersetuju menggerak agenda dan tindak. Di GuruBashid kami mengongsi idea, bukan memaksa idealisme kepada sesiapa. Di sinilah kami membuka minda warga kerja pendidikan ke arah jendela dunia global tanpa sempadan dengan glokal sebagai garis batasan.Di sini kami mengejar bukan dikejar; berlari sambil melakukan lompatan saujana; belajar berguru sambil mengajar berbantu "
"Pengumuman: Buah avocado yang matang dan masak telah habis terjual atau diberi percuma untuk tujuan promosi. Walau bagaimanapun anda yang berminat masih boleh melihat beberapa jenis pokok buah-buahan yang jarang-jarang terdapat di Semenanjung Malaysia seperti pokok markisa, pokok avocado (termasuk buahnya yang belum matang), pokok tarap, pokok naga dan pokok salak. Anda tidak perlu ke Sabah atau Indonesia kerana anda boleh melihatnya sendiri dengan datang ke Kebun Guru. Sebarang pertanyaan sila email gurubashid@yahoo.com atau telefon 013-5964217"
"A student is the most important client on our school.He/She is not dependent on us. We are dependent on Him/Her. He/She is not an interruption to our work. He/She is the purposes of it. He/She is not an outsider to our services. He/She is a part of it. We are not doing him/her a favour by serving him/her. He/She doing us a favour by giving us an opportunity to do so" STATISTIK LAMAN 2007
| S | M | T | W | T | F | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Sep | Nov » | |||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
| 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | 29 | 30 | 31 | |||