KERTAS CADANGAN
PEMILIKAN RUMAH UMNO
SEBAGAI PUSAT KEGIATAN SEHENTI
UMNO CAWANGAN PENGKALAN AUR
(BAHAGIAN BUKIT GANTANG)
Disediakan oleh Abd Bashid Harun
1 Pendahuluan
1.1 Memandangkan UMNO Cawangan Pengkalan Aur yang mempunyai keahlian
di sekitar 350 orang masih belum memiliki bilik gerakan sendiri untuk melaksanakan
semua aktiviti secara berpusat dan setempat, maka adalah wajar UMNO Cawangan
Pengkalan Aur yang terletak dalam Bahagian Bukit Gantang memiliki sebuah Rumah
UMNO.
1.2 Rumah UMNO ini bertindak sebagai pusat sehenti bagi semua kegiatan UMNO
cawangan yang turut melibatkan semua sayap UMNO.
1.3 Selama ini kegiatan UMNO cawangan ini, termasuk mesyuarat berpusat di
rumah Ketua Cawangan atau Rumah Setiausaha Cawangan yang sedikit sebanyak menjejaskan imej UMNO di mata masyarakat.
2 Rasional
2.1 Rumah UMNO difikirkan lebih relevan sebagai pusat kegiatan UMNO di peringkat cawangan memandangkan lokasi rumah ini tidak terasing daripada kawasan perumahan, sebaliknya terletak sebaris dengan rumah-rumah penduduk setempat. dan dapat dijadikan simbol atau lambang kekuatan UMNO di sini sebagai sebuah parti yang tetap unggul dan tetap relevan bagi orang Melayu. Malahan nama Rumah UMNO dan kewujudan Rumah UMNO yang berhampiran dengan penduduk menandakan yang UMNO sentiasa dekat di hati masyarakat.
2.2 Rumah UMNO juga sebagai satu pendekatan bahawa UMNO masih kuat dan relevan untuk menjadi pilihan utama rakyat serta berani mendedahkan dirinya kepada masyarakat awam.
2.3 Memandangkan kawasan Pengkalan Aur mempunyai petempatan berpusat di mana kedudukan rumahnya berada dalam kawasan taman dan perumahan awam yang kedudukan agak rapat dan kawasan lapangnya terhad, maka Rumah UMNO dikira pilihan yang paling tepat.
2.4 Apabila berlaku pertukaran kerajaan negeri seperti sekarang ini kita tidak perlu lagi risau serta takut akan nasib yang bakal menimpa bangunan milik parti sendiri seperti Rumah UMNO yang dicadangkan ini.
2.5 Rumah UMNO yang wujud nanti akan diperkasakan fungsinya agar berupaya dijadikan benchmark dan rujukan oleh ahli UMNO setempat dan organisasi luar.
2.6 Kos pemilikan Rumah UMNO jauh lebih murah dan praktikal berbanding pemilikan sebuah dewan serta lebih sesuai dalam situasi ketidaktentuan ekonomi sekarang dan dalam era pembangkang menguasai kerajaan negeri di mana masalah permohonan tapak sedikit menyulitkan atas alasan tanah adalah di bawah kuasa kerajaan negeri.
2.7 Kewujudan Rumah UMNO yang lengkap dan diuruskan secara sistematik dan profesional serta digerakkan dengan pelbagai kegiatan UMNO di cawangan ini nanti diyakini berupaya menyemarakkan semangat ahli-ahli UMNO di kawasan ini yang sedikit teruji kesan daripada kekalahan Barisan Nasional di beberapa negeri termasuk di Perak.
2.8 Kita tidak mahu kekalahan Barisan Nasional dalam PRU12 itu terus melemahkan UMNO dan mengecilkan jiwa ahli-ahlinya, sebaliknya peristiwa itu patut dijadikan titik penuh bermakna untuk UMNO bangun semula dengan kesedaran baru dan taktik baru seperti menghadirkan sebuah Rumah UMNO milik sendiri di tengah-tengah kawasan perumahan.
2.9 Dalam jangka panjang UMNO Cawangan Pengkalan Aur berkeyakinan bahawa bukan sebuah Rumah UMNO sahaja yang perlu wujud malahan lebih banyak Rumah UMNO akan wujud selepas ini bagi meyakinakn masyarakat setempat khususnya dan rakyat Malaysia amnya tentang keupayaan UMNO dalam pemilikan harta sendiri serta membuktikan kemampuannya menggerakkan aktiviti parti, masyarakat dan agama secara praktikal dan lebih dekat dengan rakyat.
3 Matlamat
3.1 Menyediakan sebuah pusat kegiatan sehenti bagi UMNO Pengkalan Aur yang merupakan milik parti yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terkini dan bilik kerja Setiausaha dan Ketua Cawangan UMNO dan meja kerja bagi semua ketua dalam sayap UMNO
4 Objektif
4.1 Memiliki sebuah rumahnya sendiri yang berfungsi sebagai pusat gerakan dan kegiatan UMNO
4.2 Memiliki sebuah rumahnya sendiri yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terkini seperti komputer dan bilik-bilik kerja
4.3 Menempatkan semua kemudahan dan maklumat mengenai UMNO cawangan seperti profile ahli, kegiatan dan makluman-makluman terkini dipapar secara sistematik
4.4 Sebagai pusat rujukan dan kebajikan bagi ahli UMNO khususnya dan masyarakat setempat amnya
4.5 Mengadakan sebuah pusat perhubungan bagi UMNO cawangan dengan UMNO bahagian, negeri dan pusat
4.6 Mengadakan sebuah premis yang akan berfungsi sebagai Bilik Gerakan Pilihanraya (kecil dan umum).
5 Cadangan Rumah UMNO
5.1 Rumah UMNO ini terletak di kawasan Perumahan Awam Batu 2 ½ Jalan Simpang di mana majoriti ahli UMNO Pengkalan Aur menghuni dan di sinilah juga kawasan tempat tinggal Ketua Cawangan, Setiausaha, Bendahari dan majoriti AJK.Terdapat beberapa buah rumah yang hendak dijual akibat tidak mampu bayar kepada Majlis Daerah dan sebahagiannya bersedia untuk dilelong, maka adalah wajar sebuah rumah di kawasan ini (semestinya diputuskan dalam mesyuarat) akan dicadangkan untuk dibeli dan seterusnya dinaik taraf dan dibuat penambahbaikan.
5.2 Memandangkan rumah yang dicadangkan ini dalam kategori rumah kos rendah (rumah murah) maka harganya tentulah jauh lebih murah daripada membeli sebuah rumah banglo atau membina bangunan baru seperti dewan dan sebagainya.
6 Kemudahan Rumah UMNO
Rumah UMNO yang dibeli dan diubah suai itu nanti akan dilengkapi dengan:
6.1 Sebuah ruang tamu yang disediakan dengan kerusi dan meja
6.2 Sebuah kaunter mudah ubah yang dilengkapi dengan pembahagi, almari dan rak
6.3 Sebuah bilik Ketua Cawangan UMNO
6.4 Sebuah bilik Setiausaha
6.5 Meja kerja untuk Wanita, Pemuda dan PuterI
6.6 Tandas dan bilik mandi
6.7 Bilik kecil untuk bancuh kopi
6.8 Sebuah bilik mesyuarat yang berfungsi sebagai bilik gerakan dan bilik tayangan
6.9 Dan item-item kecil yang difikirkan sesuai
7. Anggaran Perbelanjaan
7.1 Kos pembelian asas rumah RM45.000.00
7.2 Kos penambahbaikan RM25.000.00
7.3 Kos perabot dan peralatan RM15.000.00
7.4 Kos kemudahan komputer RM 7.500.00 (2 unit komputer)
7.5 Wiring elektrik dan telefon RM 2.000.00
7.6 Bayaran bil telefon,internet,
air dan api RM 500.00 (sebulan)
7.7 Kos luar jangka RM5.000.00
Jumlah RM100.000.00
Dengan perkataan: Ringgit: Seratus ribu dan kosong sen sahaja
8 Harapan
8.1 Semoga Rumah UMNO ini akan berupaya bertindak sebagai pusat gerakan yang aktif, lengkap dan bermaklumat sehingga mendorong setiap AJK UMNO cawangan ini untuk bekerja lebih keras demi bangsa,agama dan negara.
8.2 Semoga Rumah UMNO ini berupaya menjadi simbol dan pemangkin untuk menarik perhatian warga Pengkalan Aur menyertai UMNO dan seterusnya mendokong perjuangan UMNO
8.3 Rumah UMNO ini akan dibawa ke tahap yang boleh dijadikan benchmark oleh ramai pihak dalam pelaksanaan kerja organisasi yang bersistem, lengkap dan bermaklumat.
8.4 Selepas memiliki Rumah UMNO yang berfungsi sebagai pusat sehenti bagi kegiatan UMNO cawangan ini, dalam jangka panjang UMNO Pengkalan Aur dengan bantuan UMNO Pusat akan berusaha membeli beberapa buah rumah lagi di kawasan Perumahan Awam yang antaranya berfungsi sebagai rumah penginapan mampu bayar, perpustakaan dan sebuah Pusat Akses (internet).
8.5 Dengan cara 8.4 di atas UMNO Cawangan Pengkalan Aur bukan sahaja berupaya memperluaskan kegiatannya malahan mampu mewujudkan tabungannya sendiri untuk membiayai kegiatan-kegiatan UMNO cawangan, wanita, pemuda dan puteri.
Disediakan oleh,
(Abd Bashid Bin Harun)
Setiausaha UMNO
Cawangan Pengkalan Aur
Disahkan oleh,
(Jasamai Bin Samad, PJK)
Ketua UMNO
Cawangan Pengkalan Aur
S.k:,
Setiausaha UMNO Pusat
Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang
Setiausaha UMNO Bahagian Bukit Gantang
Ketua UMNO Cawangan Pengkalan Aur
Bendahari UMNO Cawangan Pengkalan Aur
Hakcipta Terpelihara Abd Bashid Harun